MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Friday, April 30, 2010

CUPCAKE COKELAT - HANIS2442010

Cupcake cokelat ditempah oleh Hanis dari Kg Baru. Thank you Hanis.


Wednesday, April 28, 2010

JERUK KEDONDONG

Yummy ... jeruk kedondong ... nie resipi orang dulu-dulu. Buat jeruk tak yah pakai cuka. Dan buahnya tetap maintain rangup. Kalu yang ada pokok mangga, kedondong, betik depan atau belakang rumah dah banyak sangat bergayut, apa kata kita jadikan jeruk plak... sedap ... RESIPI JERUK KEDONDONG
Buah kedondong/mangga/betik
garam
gula
CARA-CARA:
Buah dikupas, bersihkan dan dihiris (kalu nak sebiji-biji pun boleh)
Buah direndam dengan air & garam selama 3 - 4 jam
- garam agak-agak aje
Selepas buah direndam, tapis sehingga kering
Setelah buah kering, rendam buah dengan gula.
Nak tahu bila jeruk dah ready, bila gula sudah mencair menjadi air.... kira tak nampak butiran gula lagi. Jgn bubuh air ye ... rendam aje dgn gula semata-mata. Nak pedas, potong le cili padi.
Selamat mencuba

Tuesday, April 27, 2010

CUPCAKE BEN-10

Cupcake cokelat dgn edible image Ben-10 ditempah oleh pelanggan Yatie, pick-up point Giant Shah Alam.





Sunday, April 25, 2010

CUPCAKE COKELAT

Cokelat cupcake yang ditempah oleh Linda dari Technip di Jalan Tun Razak. Beliau datang ambil sendiri di pejabat Yatie. Terimakasih Linda atas tempahan.

Thursday, April 22, 2010

CUPCAKE HANTARAN

Tempahan dari Norlina yang bertemakan gold & hijau pucuk pisang. Terimakasih Ina.
Hm .. macam nie lah I buat bunga ros yang nak letak atas cupcake tu.


Layan gambar-gambar cupcake bertemakan gold & hijau pucuk pisang.









Monday, April 19, 2010

KEK COKELAT MOIST

Adik yang menempah kek nie bekerja di G-Tower, Jalan Tun Razak. Menempah kek cokelat moist. Thank you dik.


Saturday, April 17, 2010

TEMPAHAN KEK HARIJADI & MUFFIN

Tempahan kek chocolate moist dari Linda. Pick-up point di Giant Batu Caves. Terima kasih Linda. Ini memang special request from Linda kek dihias dengan topping buah cokelat strawberry.


Linda juga menempah 25 bags plastik yang mengandung 2 biji muffin berperisa pandan & strawberry.

Terimakasih juga kepada Shiela yang menempah 100 bag mini muffin yang mengandung 3 biji perisa setiap satu bag. Pick-up point Shiela adalah di Giant Shah Alam.


Thursday, April 15, 2010

KEK PERKAHWINAN

Kek perkahwinan ditempah oleh Mieza dari Wangsa Maju untuk perkahwinan sepupunya. Regular customer Yatiecooking. Terima kasih Mieza atas tempahan. Kek sebelah bawah adalah kek buah dan sebelah atas kek cokelat. Harga dari RM275.





Tuesday, April 13, 2010

PAF JEJARI BADAM

Hmmm ... kali ini tak ada posting kek, beralih arah kepada mencuba resipi. Kali ini Yatiecooking membuat Paf Jejari Badam.

Nak buatnya senang sebab bahan-bahannya semua dah sedia ada, cuma nak tengok penyakit 'M' ada ke tidak.

Bahan-bahan yang diperlukan :

1) Pastry Puff (ready made available di pasaraya & kedai menjual bahan kek)




2) kuning telur


3) Gula Pasir Halus & Badam/Kismis

Cara nak membuatnya:

- Pastry Puff dinyah bekukan. Setelah lembut, gunting pastry puff mengikut size yg dikehendaki. Kalau pastry puff yang Yatie gunakan seperti dalam gambar, Yatie mendapat 3 bahagian. Ambil 1 bahagian dan gunting lagi ditengahnya tapi tidak putus.
- Sapukan kuning telur ke atas pastry puff, taburkan gula kastor & badam (kismis kalu suka) dan anyamkan pastry puff tersebut seperti gambar di bawah
- dah siap untuk dibakar. Buat le sampai banyak mana kita nak. Mudahkan ... heheheh
- Bakar mengikut kesesuaian puff & oven masing-masing. Recommended 180C selama 20-25 minit atau masak atau kekuningan.
Puff Jejari Badam yang telah siap dibakar. Selamat mencuba & menjamu selera.


Sunday, April 11, 2010

BAKED CHEESE KEK

Baked cheese kek, yatie buat untuk makan-makan di opis.
Topping dengan blueberry & buah strawberry.