MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Monday, May 31, 2010

CUPCAKE HANTARAN TEMPAHAN ALIAH 2752010

Cupcake hantaran bertemakan light blue & light pink ditempah oleh Aliah. Tempat pengambilannya adalah Ampang Point. Terimakasih atas tempahan.


Sunday, May 30, 2010

AWARD FROM XANA


Terimakasih Xana, http://xana-cuppies.blogspot.com/ atas award yang diberi. Terkejut juga dapat. Terimakasih berbanyak. maka dengan itu, kena lah plak Yatiebuat seperti dibawah:

1. Thanks and link the person that gave you the award

Thank you Kak Xana

2. Pass the awards to 15 bloggers you've recently discovered & think are fantastic

1. cupcake Huda
2. chomel cupcakes
3. Jomkitabuatsendiri blogspot
4. ummizaihadi-home sweet home blogspot
5. delicious cuppies blogspot
6. batrisya delights cake
7. midnite baker
8. littlegemz blogspot
9. dmuffinsfan blogspot
10. guladanmentega
11. sugarpinkicing
12. lilbitebakery
13. Myniso73
14. miracletouchcakes
15. Lea Oven

3. Contact the said blogs and let them know they've won the award

Dah beritahu

4. State 7 things about yourself

1. Minat sesangat dengan masak tapi malas

2. Have 4 children

3. 1 of my sons minta dalam baking

4. I am still working

5. Bercita-cita nak jadikan baking my full time

6. mesti sentiasa ada kerja kalu tak sakit kepala

7. love my family

Friday, May 28, 2010

CUPCAKE HANTARAN TEMPAHAN SHARINA 2752010


Tempahan cupcake hantaran bertemakan gold dari Sharina. Pick-up di Ampang Point. Thank you Sharina atas tempahan.


Sunday, May 23, 2010

TEMPAHAN KEK HARIJADI ZURA 2352010


Terimakasih Zura atas tempahan kek harijadi untuk anaknya Hani berusia 3 tahun.

Bunga-bunga ros kecil dalam proses pembuatan.


Kek African Marble seberat 3kg. Harga RM120


Thursday, May 20, 2010

FRUIT TARTS

Terima kasih Zai atas tempahan fruit tarts. Pick-up point Zai adalah Jaya Jusco Wangsa Maju.


Monday, May 17, 2010

PUDING LAICI JAGUNG @ DOORGIFT PERKAHWINAN

Hmmm ... sedap nie buat pencuci mulut. Produk terbaru Yatiecooking - Puding Laici Jagung. Nak tempah untuk makan-makan pun boleh. Nak tempah buat doorgift pun boleh. Selain dari orang bagi kek, muffin, cupcake, kerepek, puding ini juga boleh dijadikan sebagai buah tangan.
Harga RM1.20/pc satu bekas. Minimum order 50pcs. Harga boleh dirunding untuk tempahan yang besar.

Nak try buat sendiri, disini Yatie sertakan resipinya. Actually resepi dapat dari Majalah Rasa. Time nak buat majalahnya ntah mana, jadi yatie buat ikut resepi puding Yatie yang biasa dan tokok tambah ikut rasa tekak sendiri. Hmmm ... menjadi & sedap.
BAHAN-BAHAN:
1 packet Agar-agar
Air
Daun Pandan
Gula Kasar
1 tin Laici (buah laici juga boleh digunakan)
1 tin jagung berkrim
1 liter susu segar
Bekas
CARA MEMBUATNYA:
1. Agar-agar direbus dengan 1000 liter air bersama dengan daun pandan sehingga hancur.
2. Setelah agar-agar hancur masukkan 6 sudu besar gula (Yatie agak-agak aje mengikut kesesuaian masing-masing, ada orang suka manis sesangat kena le bubuh gula banyak sedikit) dan dimasak sehingga gula hancur.
3. Laici ditapis & diambil buahnya & dipotong kecil-kecil.
4. Setelah agar-agar masak, masukkan 1 Liter susu segar
5. Hampir-hampir adunan mendidih, masukkan buah laici yang dihiris bersama dengan 1 tin krim jagung.
6. Angkat setelah masak & dibubuh ke dalam acuan.

SELAMAT MENCUBA !!!!

Thursday, May 13, 2010

CUPCAKE HANTARAN


Tempahan cupcake hantaran bertemakan campuran warna merah & pink ditempah oleh Izan. Pick-up point Ampang Point. Terima kasih atas tempahan.





Monday, May 10, 2010

CUPCAKE COKELAT

Cupcake cokelat ditempah oleh Liana yang datang mengambil di pejabat Yatie.
Cupcake cokelat dengan bekas dom, papercup = RM1.50/pc

Thank you liana.


Friday, May 7, 2010

LEMPENG MANIS/TAWAR

Hmmm .... lempeng .... sedap nie buat minum petang tak pun kalau malas yang teramat sangat nak buat benda-benda lain. Cicah dengan sambal ikan bilis, kuah kari, gula hitam dan bermacam-macam lagi lah yang terfikir oleh minda kita ini.
Senang sangat nak buat lempeng nie tapi Yatie letakkan juga resipi. Manalah tahu ada juga orang yang mencari-cari resipi nak buat lempeng ni.

BAHAN-BAHAN:-
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
gula/ garam sedikit
minyak untuk menggoreng
CARA-CARA:
- tepung gandum & air Yatie blenderkan aje supaya tidak berketul-ketul
- kalu nak rasa manis letak gula skit je jgn banyak, kalu nak yang tawar punya letak garam ala kadar
- pas tu boleh le digoreng, pakai non-stick pan senang.
SELAMAT MENCUBA





Thursday, May 6, 2010

CUPCAKE COKELAT

Hmmm ... dah lama tak update blog ... mengejar masa, masa tu tak pi mana saja nak kejar ... hehehhe
Anyway, banyak benda dah berlaku dalam bulan May sampai banyak gambar-gambar tempahan dibulan May yang accidentally terdelete maka tak dapat le nak di updatekan kat blog nie. Pada sesiapa yang rasa-rasa gambar kek dia tak masuk blog bulan nie harap maaf ye. Terdelete gambar-gambar tersebut. Apa-apa pun terimakasih bebanyak atas tempahan-tempahan.
Gambar nie pulak tempahan dari Puan Ida di Green Valley Park, Rawang. Antara gambar-gambar yang masih selamat didalam simpanan.

Sunday, May 2, 2010

CUPCAKE HANTARAN

Ini masih lagi berkisar pada tempahan Cikgu Idham. Terima kasih atas tempahan.

Pada yang suka tengok gambar-gambar, layan aje hasil keras tangan. Pada yang tak suka tengok, tak yah tengok ... hehehhehehe