MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Friday, January 28, 2011

EGG TARTS

Cubaan membuat egg tarts version saya le.

Bahan-bahan untuk membuat tarts saya modify dgn menggunakan resipi yg sama utk membuat fruit tarts. Boleh cari di koleksi resipi saya ya.

Manakala untuk fillingnya plak saya ambik daro 1001bakingresipi.com.

BAHAN-BAHAN UNTUK FILLING EGG TARTS:

80gm gula kastor
300gm susu segar
200gm whipping cream
3 biji telur
3 biji kuning telur
1/2 sudu teh vanilla essence


CARA-CARA:
- Kacau semua bahan hingga sebati & saya masak sedikit supaya ianya menjadi pekat dan diletak dlm bekas tarts yang telah siap.
- bakar selama 10 minit atau sehingga masak.

SELAMAT MENCUBA !!!!!




Tuesday, January 25, 2011

MOLTON CHOCOLATE KEK


Dah lama cari resipi nie ... baru dapat ... credit should go to Hudahana@myresipi for sharing the recipe.

BAHAN-BAHAN:

400gm coklat masakan
10 sudu makan butter
1 cwn gula icing
3 biji telur (whole eggs)
3 biji telur (kuning aje)
1/2 cwn tepung gandum

CARA-CARA:

- cairkan butter & cokelat, kacau rata
- masukkan gula & tepung, kacau rata
- masukkan kesemua telur & kacau sehingga likat & licin
- masukkan dalam acuan
- nak masak kek ini kena banyak trial & error sebab kita nakkan kek tu menjadi keras di bahagian tepi tetapi lembik dibahagian dalam
- masa yatie cuba tu suhu 160C masak dlm 10 - 15 minit.

SELAMAT MENCUBA

Sunday, January 23, 2011

MUFFIN


Hmmm ... saja nak share the outcome of yatiecooking trying BWY ready made tepung for the muffin.


Friday, January 21, 2011

BLUEBERRY CHEESE TART

Blueberry cheese tarts tempahan dari Say Bee. Thank you for your order dear.

Wednesday, January 19, 2011

TEMPAHAN KEK COKELAT MOIST & CUPCAKE MU

Tempahan dari pelanggan pick-up di Petronas Taman Melati. Terimakasih atas tempahan.
Cupcake MU dengan gula-gula skittles.



Tuesday, January 18, 2011

TEKNIK TRANSFER BUTTERCREAM

Teknik transfer buttercream nie bagus untuk orang seperti saya sebab kurang pandai dalam melukis. Lukis tu boleh tapi tak le berapa cantik ... ala-ala lukis ayam jadi itik ... heheheheheh

1) Apa yang diperlukan adalah gambar yang dikehendaki untuk dilukis. Gambar nie boleh le dicari didalam internet. Sebaik sahaja jumpa gambar, sebaik-baiknya cetak atau print gambar dalam mirror image. Ini adalah kerana bila kita habis melukis dan menterbalikkan gambar, ia berada di posisi yang betul. Tak terbalik pun tak pa cuma gambar dilihat sedikit awkward.


2) Letak kertas terap diatas gambar yang hendak dilukis seperti diatas. Pastikan lekat dengan baik supaya gambar tidak bergerak semasa proses melukis.

3) Mulakan lukisan anda di atas kertas terap dengan menggunakan warna hitam. Ianya adalah warna paling asas dimana anda memulakan lukisan secara menerap. Alah ... macam kita terap lukisan le ... cuma biasanya kita terap pakai pensel ini kita pakai buttercream warna hitam dan kita ikut gambar yang hendak diterap untuk mendapatkan outline gambar tersebut.


4) Setelah habis buat outline, warnakan buttercream mengikut warna yang dikehendaki. Lihat gambar di atas, saya menggunakan warna untuk tom & jerry seperti yang terdapat didalam gambar yang saya nak terap. Mulai mewarnakan bahagian-bahagian seperti didalam gambar kecuali warna putih. Tinggalkan bahagian yang berwarna putih di bahagian paling akir. Warnakan telinga, badan tom & jerry sehingga habis.

5) Akhir sekali warnakan seluruh gambar yang kita dah berjaya terap tu dengan warna putih. Ini adalah untuk menghasilkan asas kepada gambar yang kita buat tadi. Lihat gambar bawah.
dah siap tu boleh dikeraskan di dalam peti ais.

6) Hmm ... dah keras pun ... masa untuk melihat lukisan yang kita buat tadi dan meletakkannya ke atas kek. Terbalikkan atau letak di atas kek dan buka bertas terap. .... dan anda lihatlah hasilnya ...

SELAMAT MENCUBA !!!!!

Sunday, January 16, 2011

TEMPAHAN CUPCAKE & CHILLED CHEESE CAKE

Terimakasih Puan Jane atas tempahan di majlis harijadinya.
SELAMAT HARIJADI JANE !




Friday, January 14, 2011

BAKED MAKARONI CHEESE

Baked Makaroni cheese tempahan Puan Zura dari Green Valley Park. Tempahan baked makaroni cheese ayam atau daging RM35/tupperware . Very cheesy ....

Wednesday, January 12, 2011

KEK OREN/STRAWBERRY/KEK PELANGI

Bagi yang ingin mencuba kek ini, yatiecooking menyertakan resipi dibawah. Kek ini berasaskan kek pelangi dan telah diubah suai untuk menjadi kek oren atau kek strawberry.

BAHAN-BAHAN:
250gm butter
1 cawan gula
2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh esen vanilla
sedikit soda bikarbonat (hujung sudu aje)
4 biji telur
3/4 cawan susu cair
Perasa oren/strawberry

CARA MEMBUATNYA:

1. Butter & gula diadun sebati sehingga kembang
2. Kemudian dimasukkan telur sebiji & diputar & dibuat begitu hingga telur habis
3. Masukkan esen vanilla & soda bikarbonat
4. Masukkan tepung berselang seli dengan susu dan di adun sehingga sebati.
5. Bakar mengikut kesesuaian oven masing2. Kalu oven saya 45 minits suhu 170C

Nak pastikan kek masak, cucuk dgn lidi atau pengukur kek tu dan kalu tak ada benda melekat maknanya kek dah pun masak.

Cawan tu besar mana yek ... selalunya cawan tu size biasa yang kita gunakan untuk minum petang. Pastikan kita menggunakan size cawan yang sama dalam semua sukatan.

Kek ni amatlah lembut dan susu cair tu boleh ditukar ganti dengan susu segar. Ianya boleh dibuat kek pelangi dengan membahagikan kepada 3 bahagian dan diwarnakan. Masuk dalam bekas berselang seli untuk menghasilkan pelanginya. Manakala kalu nak dapatkan perasa oren & strawberry boleh le dimasukkan perisa yang bersesuaian. Kek ini juga boleh dibuat kek chocolate marble - di bahagi dua. Satu bahagian yang biasa dan satu bahagian dimasukkan chocolate emulco dan dimasukkan dlama bekas berselang seli.

SELAMAT MENCUBA !!!!!

Tuesday, January 11, 2011

CUPCAKE BERTEMAKAN HITAM


Cupcake bertemakan hitam & putih ditempah oleh Puan Linda dari Green Valley Park.



Sunday, January 9, 2011

Saturday, January 8, 2011

KEK BASKETBALL SEPARA SIZE


Tempahan kek dari adik Zulfadzli untuk kawannya. Kek didalam adalah kek chocolate moist. Thank you dik, lain kali boleh tempah lagi.



Friday, January 7, 2011

3 TIER WEDDING CAKE/KEK PERKAHWINAN


3-tier wedding kek ditempah oleh jiran, liza untuk perkahwinan anak saudaranya. Bertemakan warna gold/emas. Terimakasih atas tempahan.

Kek yang digunakan adalah kek cokelat moist.



Thursday, January 6, 2011

KEK COKELAT MOIST

Kek cokelat moist dengan edible image Upin & Ipin ditempah oleh Marina. Pick-up di Petronas Damansara Damai.
Terimakasih Marina atas tempahan.