MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Saturday, November 26, 2011

CUPCAKE HANTARAN TEMA PINK/PURPLE

Tempahan Puan Zaini, bertemakan pink/purple. Pick-up point Tesco rawang.











Wednesday, November 23, 2011

DOORGIFT

Tempahan doorgift dari Puan Zaiton dari Kota Damansara.



Bekas biskut yang diberikan sentuhan riben & bunga



Biskut Daisy, nak isi biskut-biskut yang lain pun boleh. Tapi biskut daisy nampak cantik dan sedap





RM4/bekas dan harga boleh dirunding untuk tempahan yg banyak





Monday, November 21, 2011

CUPCAKE HANTARAN

Cupcake cokelat in the oven.
Untuk hantaran bertemakan hijau ditempah oleh Puan Roza dari Green Valley Park, Rawang.






Sunday, November 20, 2011

ROSE PAU

Jom kita buat Rose Pau .. sekali sekala tukar bantuk pau nie ..


Rose Pau yang belum dikukus lagi.
Rose Pau telah siap dikukus, siap sedia untuk dimakan


Nak cuba Pau nie ... meh jom kita tengok apa yang diperlukan. Pau nie menggunakan Purple Sweet Potatoes barulah pau nie jadi warna purple gitu dan cantik. Yatiecooking tak larat nak pi supermarket nak cari purple sweet potatoes nie jadi belasah keledek biasa aje le.

RESIPI ROSE PAU

SUMBER DARI AZLITA MASAM MANIS BLOGSPOT


BAHAN-BAHAN:

250gm keledek (rebus/kukus)

200gm air

500gm tepung pau

1 sudu teh baking powder

100gm gula

50gm shortening **

secubit garam

11gm yis



CARA MEMBUATNYA:


1. Keledek dikukus/rebus, buang kulit dan dikisar sehingga halus dgn air

2. Campurkan semua bahan kecuali ** dan uli sebati

3. Akhir sekali masukkan **, sebatikan

4. Biarkan adunan naik 2 kali ganda barulah dibulat2kan.


MACAM MANA NAK DAPAT BUAT BENTUK ROSE:

Nak tahu details & step by step boleh le ziarah Azlita Masam Manis blogspot.


SELAMAT MENCUBA !!!!!!!!



2 TIER WEDDING KEK - HIJAU







2 tier wedding kek tempahan dari Kak Zainab di Blok 3, Bdr Tasik Puteri Rawang untuk majlis perkahwinan anaknya. Temanya hijau.









Saturday, November 19, 2011

BROWNIES BADAM & BROWNIES CHOCOLATE CHIP

Brownies badam & brownies chocolate chip ditempah oleh cikgu di SKBTP2, Bandar Tasik Puteri, Rawang.


Kepada sesiapa yang ingin mencuba, boleh try test resipi ini.


CHOC MOIST BROWNIES

SUMBER : ROZ (RNET)



BAHAN-BAHAN:

185gm tepung gandum

30gm serbuk koko

1 sudu teh baking powder

1/2 (setengah) sudu teh soda bikarbonat

205gm kacang/badam

125gm butter

200gm coklat masakan (cincang)

250gm gula kastor (kalu tak suka manis boleh kurangkan)

2 biji telur ( dipukul sedikit)

90 gm sour cream (saya pki fresh milk aje)


CARA MEMBUATNYA:

1. Tepung, koko, baking powder & soda sebatikan dan dimasukkan kekacang

2. Cairkan butter & cokelat & ditutup api

3. Masukkan telur, gula & susu & kacau sebati

4. Campurkan kedua aduman dan kacau sebati. Pakai senduk aje

5. Masukkan dalam acuan & dibakar suhu 180C 30 - 35 minit


SELAMAT MENCUBA !!!!!!




Friday, November 18, 2011

TEMPAHAN CUPCAKE SITI

Tempahan dari adik Siti, cupcake chocolate chip.







KEK HARIJADI




Kek harijadi untuk menyambut hari lahir yang ke-2 tahun, ditempah oleh Ina dari Desa Puteri.




Thursday, November 17, 2011

MINI MUFFIN

Tempahan dari Shiela ... mini muffin of various flavors. Thank you Shiela.



Wednesday, November 16, 2011

JOM NAIK KERETA PINKKU



Terimakasih kepada Puan Fiza atas tempahan kek kereta ini untuk 2 orang anaknya. Jom ... mari naik keretaku.