Tempahan dari Noma di Green Valley Park, Rawang.
MESSAGE FROM YATIECOOKING
PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!
Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com
Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.
Terimakasih.
Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com
Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.
Terimakasih.
Wednesday, November 28, 2012
Sunday, November 25, 2012
Friday, November 23, 2012
Thursday, November 22, 2012
Wednesday, November 21, 2012
CUPCAKE HANTARAN PERTUNANGAN
Cupcake hantaran pertunangan bertemakan pink ditempah oleh jiran depan rumahku untuk adiknya. Heran kan kalau dilihat ada perkataan "biskut" pula di cupcake hantaran nie ... heheheh ... mengikut cerita "biskut" nie adalah nama panggilan tunangnya.
Tuesday, November 20, 2012
KEK HANTARAN PERTUNANGAN PINK/PURPLE
Kek hantaran pertunangan untuk dark pink/dark purple. Ditempah oleh Cikgu Mahdi Musa di Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri 2, Rawang. Terima kasih cikgu atas tempahan.
Monday, November 19, 2012
Sunday, November 18, 2012
APAM GULA HANGUS
Apam Gula Hangus ... nak cuba buat nie ... jom.
Dibawah Yatie sertakan resepinya yg dapat dari blog Azlita Masam Manis. Terimakasih kepada Kak Ita yang sudi kongsikan resepi dan kepada penyumbang resepi Zuriana
APAM GULA HANGUS
Penyumbang Resepi : Zuriana
Resepi diambil dari blog: Azlita Masam Manis
Bahan-bahan:
1 cawan gula pasir
1 cawan air
Bahan yang di atas ini adalah untuk membuat gula hangus
2 biji telur
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin
2 sudu susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat.
1 1/2 cawan tepung gandum.
Cara Membuatnya:
Masak gula dalam periuk hingga kuning keemasan. Kemudian tambahkan air. Berhati2 semasa menambah air. kacau rata hingga gula larut. Kemudian sejukkan.
Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit.
Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit jika mengunakan loyang besar.
Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik atau paper cup. Tapi masa mengukus dikurangkan kepada 15 - 20 minit sahaja.
Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya
Saturday, November 17, 2012
KEK RED VELVET DAN CREAM CHEESE TOPPING
Tempahan pelanggan di Jalan Ipoh untuk sahabatnya yang bertunang - Red Velvet cake with cream cheese topping
Friday, November 16, 2012
TEMPAHAN BISKUT DAISY PETALS DIBUKA SEPANJANG TAHUN
Tempahan biskut daisy petals dibuka sepanjang tahun. Boleh hubungi Yatiecooking via SMS di 012-3243373 atau whatsapp atau viber atau email di yatiecooking4@gmail.com.
1 balang 50biji = RM15.
Wednesday, November 14, 2012
Tuesday, November 13, 2012
KEK PERKAHWINAN 3 TINGKAT TEMA PUTIH/PEACH
Tempahan kek perkahwinan dari pelangganku di Jalan Ipoh buat kawannya di Taman Bayu Permai, Rawang yang bertemakan peach & putih.
Rumah tingkat bawah kek cokelat moist 5kg.
Riben pisau dibuat oleh rakanku di Jessica Flowers, Rawang.
Rumah tingkat 2 ialah Carrot kek 2kg dengan topping cream cheese & rumah tingkat 3 ialah red velvet kek 1kg.
Tempahan tambahan 300 biji mini muffin dengan peisa vanilla chocolate rice, strawberry & vanilla.
Hadiah untuk pengantin yang suka makan cheese kek.
Monday, November 12, 2012
CUPCAKE & CUPCAKE
Red Velvet cupcake untuk sahabatku, Puan Jane Hashim di Setiawangsa dan adikku Masnunah.
Tempahan cupcake bertemakan putih & ungu dari kenalan jiranku.
Sunday, November 11, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)