MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Thursday, January 31, 2013

DOORGIFT BISKUT DAISY PETALS

Biskut-biskut daisy petals yang telah disiap dibakar, tunggu giliran nak packing aje. 
Doorgift biskut daisy petals tempahan untuk dijadikan buah tangan di hari perkahwinan. Harga RM2.50/balang.  Hrga boleh dirunding untuk tempahan yang banyak.

Tempahan dari pelanggan ini yang bertemakan merah & gold.

Tuesday, January 29, 2013

Sunday, January 27, 2013

Saturday, January 26, 2013

TEMPAHAN APAM ANGRY BIRD

Tempahan apam angry bird dari Ain (pick-up di Plasa OSk, Jalan Ampang) & Farah di McD Emerald, Country Homes, Rawang. 

TEMPAHAN PUDING TRIFLE STRAWBERRY

Tempahan puding trifle strawberry dari Along Cma, pick-up point di McD Jln Pahang.

Monday, January 14, 2013

Saturday, January 12, 2013

BLUEBERRY TORTE

Nak buat Blueberyy Torte ... jom ...jom ... jom masuk dapur Yatiecooking.  Resepi dapat dari buku "Delicious Cakes". Buat kek ni untuk harijadi anak bujang.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk buat Blueberry Torte seperti dibawah.

Kek Cokelat Sponge
250 biji telur
125gm gula kastor
110gm tepung kek
15gm serbuk koko
50ml UHT milk
15gm ovalette
65gm corn oil
1 sudu teh esen vanilla
65gm minyak jagung

Inti
400gm blueberry pie filling
300ml whipping cream (brand Rich Golds)
1 sudu teh gelatine (campur dgn 30ml air)

Untuk Hiasan
250gm whipping cream (diputarkan)
buah strawberry
  

Peraturan untuk membuat Blueberry Torte ini.

Kita mulakan dengan kok cokelat sponge. 

Masukkan semua bahan-bahan untuk membuat kek kecuali esen vanilla & minyak jagung. Putarkan dengan kelajuan tinggi sekurang-kurangnya 5 minit sehingga pekat & gebu.

Kemudian masukkan esen vanilla & minyak jagung dan dikacau sebati.  Masukkan ke dalam acuan dan dibakar 35 - 40 minit mengikut kesesuaian oven masing-masing sehingga kek masak. 

Setelah kek masak, disejukkan dan dipotong dua.


Untuk intinya pula,  campurkan gelatine dan air serta direndamkan selama 5 minit. Setelah itu dimasak secara 'double-boiler' teknik sehingga adunan nampak cerah.

Untuk whip cream pula, diputar sehingga ringan dan gebu.

Ambil sedikit whip cream yang telah diputar & diratakan di atas kek yang telah dipotong 2.  Diatasnya pula diletak 180gm blueberry filling dan cantumkan kek itu semula.  Lebihan blueberry filling tadi dicampurkan dengan adunan gelatin & ketepikan.

Sapukan lebihna whip cream menutupi seluruh kek & inti blueberry yg telah dicampur gelatine ditengah2 kek seperti gambar diatas.  Hiaslah kek mengikut kreativiti anda. 






Dah siap pun Blueberry Torte ... SELAMAT MENCUBA !!!!

Friday, January 11, 2013

TEMPAHAN CUPCAKE HANTARAN & CUPCAKESSS BERTEMAKAN BIRU

 Tempahan cupcake hantaran dari customer yg datang mengambil sendiri di officeku.  Temanya biru.


Tempahan cupcake bertopping buttercream untuk makan-makan.

Thursday, January 10, 2013

Wednesday, January 9, 2013

TEMPAHAN CREAM PUFF & FRUIT TARTS

 Tempahan cream puff berinti kastad RM0.50/pc mini size
 Tempahan mini fruit tarts RM0.80/pc