MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Thursday, January 31, 2008

KEK KELAPA

BAHAN-BAHAN:
420gm tepung naik sendiri - ayak dgn 1 sudu teh baking powder
320gm gula kastor
225gm mentega
7 biji telur
150ml susu segar
120gm kelapa parut putih

BAHAN (AISING LEMON) - yatie tak pakai aising nie instead ada buttercream icing lebih, yatie tambah oren sunquick sesedap rasa + ising utk memekatkannya
450gm gula icing diayak
2 biji putih telur
2 biji jus lemon
pewarna

BAHAN HIASAN:
kelapa parut putih
pewarna

CARA MEMBUATNYA:
1. Putar mentega & gula hingga kembang. Masukkan sebiji demi sebiji telur & putar hingga gebu
2. Masukkan tepung berselang seli dgn susu diikuti kelapa parut & gaul rata
3. Bakar bersesuaian dgn oven masing-masing

Wednesday, January 30, 2008

YATIECOOKING IS AWAY

YatieCooking wishes to inform all my customers that the last order for Chinese New Year is on 5th February 2008. The last delivery will be on the 6th.
YatieCooking also will be away from 7th - 10th February 2008. YatieCooking will resume business as usual on 11th February.
For those wishes to have an order after 11th Feb, pls call YatieCooking at 012-3243373.
Thank you.

HAPPY CHINESE NEW YEAR

To all my customers that celebrate Chinese New Year, YatieCooking wish you a Happy Chinese New Year. YatieCooking also wishes you all a very prosperous year.
Thank you for all the orders & support.

Tuesday, January 29, 2008

HOR FUN



Hmmm .... ketandusan idea nak masak apa utk anak-anak. Akhirnya yatie bercadang untuk memasak 'Hor Fun' sejenis Mi tebal yg nipis. Mcm mana tu ... confuse plak. Anyway, biasalah tu idea mengubah suai dah sampai, Yatie menggunakan kuay teow. ..... kuahnya juga dilebihkan menjadi lebih soupy sebab anak-anak sukakan makanan yg bersup.
RESIPI HOR FUN
Bahan-bahan:
500gm Hor Fun/Kuay Teow
(Yatie pakai Kuay teow)
300gm udang sederhana - dibuang kulit
300ml air rebusan ayam
250gm isi ikan (Yatie pakai fish fillet dihiris nipis)
200gm isi ayam - direbus & dihiris nipis
200gm daging - direbus & dihiris nipis
1 sudu mkn kicap pekat
1 sudu mkn minyak
2 sudu teh kicap cair
2 biji cili merah
kubis cina
garam & lada sulah
3 ulas bwg putih - dicincang halus
1 sudu teh tepung jagung - kalu suka utk memekatkan kuah
60ml air
CARA MEMBUATNYA:
1. Utk Hor Fun, panaskan minyak di atas api kuat, goreng hor fun dgn kicap pekat. Angkat & ketepikan. Hor Fun akan melekat jika kuali tidak cukup panas.
2. Utk kuah, panaskan minyak & tumis bwg putih hingga wangi. Masukkan air rebusan ayam & biar mendidih.
3. Masukkan daging, ayam, udang, sayur & fish fillet. tambah garam, serbuk lada sulah & kicap cair. Kacau rata.
4. Masukkan tepung jagung utk memekatkan kuah. Tuangkan kuah atas Hor Fun.
Selamat menjamu selera.

Monday, January 28, 2008

AGAR-AGAR PELANGI & FRUIT TARTS

Yatie buat agar-agar pelangi nie utk kakak (Mak Lang) di hari pertunangan Sarah pada Sabtu lepas - 26 Jan 2008. Di hari yg sama, jiran ada buat baca Yassin selepas Maghrib, kesuntukan masa, Yatie buat benda yg sama utk disedekahkan.
Sempat juga buat fruit tarts utk disedekahkan buat jiran depan rumah. Nasib baik bahan semua dah ada, tinggal bubuh dlm acuan aje.

KEK HANTARAN

Kek hantaran utk anak saudara, Sarah. Selamat bertunang. Keknya adalah kek buah.
Final touch up Pandangan sisi

Pandangan atas

Sunday, January 27, 2008

GULAI KIKIL

Last Friday, a friend bawa belanja makan di Restoran Nasi Padang di Kg Baru. Masakannya enak sekali & yg paling menarik perhatian saya & kawan-kawan adalah 'Gulai Kikil'.

Bahan-bahan utk membuat 'Gulai Kikil':
600gm kikil (bahagian tunjang)
1 biji kelapa (ambil santan)
10 biji cili merah
5 biji cili api
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4 cm halia
4 cm lengkuas
3 cm kunyit hidup
4 helai daun salam
2 batang serai - dititik
2 helai daun kunyit
2 helai daun limau purut - dihiris halus
sedikit kayu manis
garam secukup rasa

Cara membuatnya:
1. Kisar bawang merah, bawang putih, cili merah, cili padi, kunyit hidup, lengkuas & halia. Tumiskan selama 5 - 8 minit.
2. Kemudian masukkan kayu manis, serai, garam secukup rasa. Kacau sehingga naik aroma.
3. Masukkan santan, kemudian dikacau lebih kurang 10 minit.
4. Setelah santan mendidih, masukkan kikil & kacau lagi.
5. Kemudian masukkan daun kunyit, daun salam & hirisan daun limau purut. Kacau sehingga kikil empuk & boleh lah dihidang.

KEK PELANGI & KEK GULA HANGUS

Kek Gula Hangus order from Iza of Metramac. Thank you.
Kek Pelangi order from Kak Hasnah of Brunei Embassy on Friday 25th. Thank you.

KEK CHOCOLATE MARBLE

Kek chocolate marble utk Rosmawati juga. Hoping that you will like the cake.

Saturday, January 26, 2008

KEK OREN



Kek Oren tempahan dari Ina - Bandar Tasik Puteri. Thank you for the order.

CHOCOLATE CUPCAKE


Chocolate cupcake with Ganache topping. Kids love chocolate!!

CARROT CAKE

Carrot Cake yg dihias dgn cheese topping. Dibuat for a presentation to Rosmawati. Hope you will like the cake....
Those who want to order, you can have a whole cake OR you can have it dipotong dlm bentuk empat segi.

Friday, January 25, 2008

KEK PISANG CHOCOLATE RICE



Kek Pisang Chocolate Rice .... .... lembut, moist but the chocolate rice membuatkannya rasa crunchy.

Resipi Banana Cake with Chocolate Rice

Sumber (Mamazieza)

Bahan-bahan:

250gm butter

190gm sugar/brown sugar

1 st ovalette (penuh)

4 biji telur (saiz sedang)

1 st vanilla

275gm tepung (Ayak sekali dgn baking powder)

1 st baking powder

1 st soda bikarbonat

250gm mashed pisang

100gm chocolate rice

Cara-cara:

1. Pukul telur + gula hingga putih & kembang.

2. Masukkan telur satu persatu diikuti dgn ovalette.

3. Masukkan pisang.

4. Setelah gaul rata, masukkan tepung

5. Akhir sekali, masukkan chocolate rice

6. Bakar

Thursday, January 24, 2008

ORDER FR ZURA & LIZA PUJI



Thank you so much to Zura whom order Kek Buah on Thaipusam Day. The same goes to Liza Puji whom ordering Kek Gula Hangus. Thank you.

Tuesday, January 22, 2008

25 TIP HIAS KEK

Dipetik dari Majalah Rasa Bulan Ogos 2004. Dah lama simpan article nie ... baru sekrg dpr sharing.

Untuk rujukan kita bersama "25 Tip Hias Kek".

Mana lebih menarik, kek tanpa aising atau kek beraising? Menghias kek sememangnya penting jika kita ingin meraikan hari istimewa. Kata orang, biar cantik dipandang mata dan sesedap rasa. jika kek yang dihidangkan bertelanjang kosong, ia mungkin tidak menarik minat sesiapa yang memandangnya. Apapun citarasa anda, biarlah hidangan kek dapat memenuhi selera dan menepati tujuan asal majlis anda.

25 tip menghias kek yg patut diketahui:

1) Untuk menghias makanan seperti kek misalnya, apa yang harus difikirkan terlebih dahulu adakah majlis itu dikhususkan untuk orang dewasa ataupun kanak-kanak? Jadi,setelah memahami konsep, anda perlu sesuaikan hiasan kek mengikut konsep asal majlis yang akan diadakan.

2) Misalnya untuk majlis hari jadi kanak-kanak, buatlah kek kelihatan lucu, indah dan menggunakan warna-warna ceria.

3) Tambahkan hiasan kek dengan pelbagai hiasan coklat warna-warni. Lumrahnya, kanak-kanak sukakan coklat. Contohnya hiaskan dengan coklat cip dan marshmallows.

4) Siapkan hiasan bermacam-macam, berwarna-warni dan barangan permainan kecil.

5) Sesuaikan bentuk kek mengikut konsep yang diperlukan. Jika dianggarkan ramai tetamu yang datang, lebih senang anda memilih untuk membuat kek berbentuk empat segi panjang sahaja supaya senang dipotong dan dibahagikan.

6) Menghias aising atau krim pada kek sangat penting bagi menarik perhatian. Jangan dibiarkan kek anda kosong, hiaslah dengan dekorasi aising penuh corak dan warna-warni.

7) Memilih warna untuk aising kek itu juga sangat penting. Biar sama mengikut tema asal majlis anda. Misalnya kek perkahwinan, jika tema anda ungu dan putih, sama juga dengan pakaian pengantin berwarna ungu, eloklah anda serasikan kek anda berwarna senada. Jangan pula anda mengenakan kek berwarna kuning pula. Bukankah janggal kelihatannya semasa memotong kek perkahwinan?

8) Warna kek merah menyala, biru, atau kuning terang mungkin sesuai untuk kanak-kanak menyambut hari jadi.

9) Warna kek untuk orang dewasa pilihlah yang lembut seperti pink, hijau muda, putih atau coklat.

10) Jika anda ingin memulakan hiasan kek utk kanak-kanak, gunakanlah aising berwarna ceria & cuba menutup dgn hiasan lucu spt gambar kartun & sebagainya.

11) Letakkan hiasan manis yg anggun spt bunga utk kek org dewasa

12) Banyak pilihan kek utk kanak-kanak. Cubalah kelainan dlm membentuk kek spt barang permainan contohnya kek yg berbentuk jam bulat yg mempunyai mata & mulut tersenyum, kek keretapi yg mempunyai mata, kek kereta, kek badut & sebagainya.

13) Utk kek pilihan dewasa, sesuaikanlah dgn majlisnya. Kek lucu tidak sesuai dikenakan jika majlis berbentuk formal. Kek berbentuk hati @ cinta sangat sesuai utk anda menyambut hari kekasih, hari ulangtahun perkahwinan & sebagainya.

14) Utk hidangan org dewasa juga sangat sesuai menyediakan kek kecil spt muffin. Tetapi hiaskanlah muffin dgn sedikit bunga aising yg berwarna agar kelihatan lebih menarik.

15) Utk pilihan kanak-kanak, kek mufin juga boleh disediakan tetapi pastikan potongannya kecil & dipenuhi hiasan ceria spt coklat utk menarik minat mereka.

16) Ikatan reben pada sekeliling kek juga kelihatan lebih menarik & menyerlah.

17) Kek buah mungkin lebih disukai orang dewasa berbanding kanak-kanak. Buah-buahan campuran sangat sesuai dihiaskan di atasnya.

18) Hiasan aneka biskut di atas kek pula menarik minat kanak-kanak.

19) Penggunaan bendera dgn ucapan 'Selamat Hari Jadi' sangat sesuai ditegakkan sahaja di atas kek yg terlalu banyak hiasan.

20) Utk kek perkahwinan bertingkat, pastikan gubahan aising & corak hiasan sama bagi setiap tingkat kek & sesuaikan pada warna konsep asal majlis.

21) Kek bertingkat perlu diseimbang agar susunannya kemas & selamat utk mengelak dari risiko mudah terjatuh.

22) Penggunaan gelas bagi kek bertingkat juga memberi lebih keyakinan utk memastikan berat kek dpt diselia dgn baik.

23) Utk sambutan hari istimewa bagi dua org dewasa, sediakanlah kek bersaiz 1.4 kg sudah memadai.

24) Lenih istimewa lagi jika kek bersaiz kecil dibuat sendiri bercorakkan cinta agar sambutan majlis lebih bermakna lagi romantik.

25) Sekali-sekala biarkan anak-anak membuat sendiri dekorasi kek mengikut keinginan mereka.

Monday, January 21, 2008

KEK BUAH

Kek buah, order fr Liza Puji (gelaran as I hv many friends by the name of Liza).

For those out there whom want to try to bake yourself, below is the recipe. Contributed by Suzana Hashim, members of RNet.

To order, pls e-mail at norhayati4@yahoo.com or cal 012-3243373

KEK BUAH
2 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula
1 cawan air sejuk
2 biji telur (pecahkan dlm mangkuk, dipukul sedikit)
250gm mentega
2 cwn mix fruit
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil cream of tartar
sedikit garam
CARA MEMBUATNYA:
1. Ayak tepung & ambil segenggam utk digaul bersama buah (ketepikan)
2. Ambil 3 sudu gula from 1 1/2 cwn gula, bakar dlm periuk utk dijadikan gula hangus & masukkan air & kacau
3. Kemudian masukkan bahan-bahan spt mentega, gula, garam, mix fruit ke dlm periuk.
4. Bila mentega & gula cair, masukkan soda bicarbonate & cream of tartar. Kacau.
5. Tutup api & sejukkan sebentar (10 - 15 minutes)
6. Masukkan tepung & kacau sebati diikuti dgn telur
7. Kalau adunan lembik sgt, tambah tepung. Kalau keras, tambah air.
8. Bakar sehingga masak

Sunday, January 20, 2008

FRUIT TARTS


Thank you for your order Zura & your creativity. Zura minta fruit tarts with a combination of anggur, buah epal & blueberry filling. yatie tak pernah lagi buat with an apple. i hope it will give a very great taste of combinations.

PELANCARAN LOGO YATIECOOKING

Mcm grand gitu .... inilah pelancaran logo YatieCooking.

YatieCooking akan beroperasi menggunakan logo seperti tertera.

Hehehehe ... mcm ada menteri lak buat pelancaran.

Friday, January 18, 2008

FUNGSI TEPUNG

Banyak terdapat jenis tepung yang dijual di pasaran & menyebabkan kekadang kita naik 'confuse' akan kegunaannya. Yatie ambil article ini dari Majalah Rasa Mac 2005 utk rujukan.

TEPUNG SERBA GUNA
Sesuai untuk sebarang jenis masakan. Pakai tepung gandum aje sebab senang nak beli kat kedai ... hehehehe

TEPUNG BERPROTEIN TINGGI
Sesuai utk buat roti sebab tepung nie ada daya anjalan yg tinggi.

TEPUNG BERPROTEIN RENDAH
Sesuai utk buat kuih pau & seumpamanya.

TEPUNG GANDUM
Sama fungsi dengan tepung serba guna. Lagi senang nak dpt kat kedai-kedai kecil.

TEPUNG KRIMER
Krimer nie adalah susu yg dibubuh kat dlm minuman Nescafe/Milo.

TEPUNG NAIK SENDIRI
Mempunyai kandungan serbuk penaik. Jika tiada, anda boleh menggantikannya dengan ayak 250gm tepung gandum dgn 1 sudu mkn (rata) serba penaik (baking powder).

TEPUNG ROS
Mengandungi bahan tepung jagung yg boleh merangupkan biskut.

TEPUNG HONG KONG
Dikenali juga sebagai Water Lily Flour. Sejenis tepung yg sangat putih selalunya digunakan utk buat pau. Tepung ini mudah rosak - berkutu/berulat.

TEPUNG PULUT
Berwarna putih. Nama org putihnya 'Glutinous rice flour' & diimport dari negara jiran, Thailand. Selalunya kita confuse dengan tepung beras sebab pembungkusan plastiknya yg hampir sama. Tepung mengandungi 100% beras merah asli. Kaya dgn vitamin E & B serta mudah dicerna sesuai utk pengidap penyakit kencing manis & ibu mengandung.

TEPUNG OPTIMA
Sejenis tepung yg mengandungi gula & sesuai utk buat kek keju. Boleh digantikan dgn penggunaan tepung serba guna, tepung kastad atau tepung jagung bergantung kepada kesesuaian resipi.

TEPUNG WHOLEMEAL
Tepung gandum tulin yg mengandungi serat gandum tidak hancur. Tepung ini tidak boleh diayak & jika digunakan, akan menghasilkan roti atau muffin yg berat.

TEPUNG HOEN KWEE
Digunakan utk membuat kuih-muih.

TEPUNG KASTAD
Tepung ini berfungsi sebagai mewangikan masakan anda selain dr berfungsi membuatkan tekstur kek anda lebih rapat. Boleh digantikan dgn tepung gandum, jika suka.

TEPUNG BISKUT MARIE
Biskut marie yg dikisar halus.

TEPUNG UBI
Dikenali juga sebai tepung kanji atau tepung ubi kayu berfungsi utk meliatkan adunan. Sesetengah tempat menggantikan penggunaannya dengan tepung sagu.

TEPUNG JAGUNG
Berfungsi uk memekatkan.

Wednesday, January 16, 2008

BIRTHDAY WITH MARBLE CHEESE CAKE

LOOK AT THAT CHEESE & CHOCOLATE !!!!! IT'S FINGER LICKING GOOD. U NEVER WANT TO MISS THIS ONE.


VIEW OF THE MARBLE CHOCOLATE CHEESE CAKE FROM THE SIDE.


VIEW OF THE MARBLE CHEESE CAKE FROM THE TOP.

HAPPY BIRTHDAY TO MY BOSS, MR BRENDAN ROWAN ON 16 JAN. A MARBLE CHEESE CAKE FOR HIM.


KEK ORANGE POPPY SEED

Thank you Wan for the order of kek Orange Poppy Seed.

Tuesday, January 15, 2008

TEMPAHAN CUPCAKES

TEMPAHAN CUPCAKES WITH BUTTERCREAM ICING, RM2.00/PC. SESUAI UNTUK BUAH TANGAN DI MAJLIS KENDURI-KENDARA. HARGA BERSESUAIAN UNTUK TEMPAHAN YANG BESAR.
SIZE CUPCAKES 2 INCI.


TEMPAHAN CUPCAKES UNTUK SIZE YG LEBIH KECIL, 1 INCI. RM0.80/PC.


TEMPAHAN CUPCAKES BERSIZE 2 INCI TANPA ICING. RM1.40/PC.

Monday, January 14, 2008

Sunday, January 13, 2008

BIRTHDAY CAKE - JAN BORN

Birthday cake for Jan born!
Happy Birthday to all January born including me .... hehehehe ...
Cake is Kek Mentega Marmar.
Resepi for Kek Mentega Marmar
250gm mentega
250gm tepung kek
220gm gula castor
4 biji telur
secubit garam
1 sudu teh serbuk penaik
pewarna
1 sudu teh esen vanilla
50ml air susu
Cara membuatnya:
Pukul mentega, gula, garam & esen vanilla hingga putih & berkrim (7 - 10 minutes max)
Masukkan telur satu persatu, sebatikan
Masukkan tepung yg telah diayak dgn serbuk penaik selang seli dgn susu
Bakar 180C (1 jam) atau mengikut kesesuaian oven masing-masing

Saturday, January 12, 2008

KEK COKELAT MOIST

CHOCOLATE LOVERS OUT THERE .....

YOU NEVER WANT TO MISS THE TASTE.

A GOOD CHOCOLATE MOIST CAKE. WHY NOT ORDER NOW. CALL 012-3243373, YATIE.



KEK OREN

Tengok aje ... dah memikat hati. Belum lagi rasanya.... terus jatuh cinta pada kek oren nie. Keharuman bau orennya sungguh menusuk kalbu.


Bagi yang ingin mencuba sendiri, disertakan resepinya yg didapati dari mamazieza di RNet.
KEK OREN
Bahan-bahannya:
300gm butter
300gm gula (saya guna 250gm - tak gemar manis)
5 biji telur - guna 4 biji putih sahaja
320gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
2 sudu besar fresh orange juice (saya guna 2 biji air perahan orange)
2 sudu besar sunquick (saya tak letak pun)
1 sudu teh orange paste (saya guna perisa orange)
setitik warna oren/kuning telur (kalau suka)
parutan kulit limau
Cara-caranya:
1. Putar butter & gula hingga kembang dengan kelajuan paling tinggi
2. Masukkan telur satu persatu
3. Setelang kembang, masukkan tepung yg telah diayak dgn baking powder
4. Gaul rata & akhir sekali masukkan semua jenis jus & bakar

Thursday, January 10, 2008

KEK GULA HANGUS - THANK YOU



Terima kasih banyak to my customers di Faber Towers for the order of kek gula hangus.

KUIH BOM


Nie plak project kuih bom. Resepi dari kak Baya dari RNet. Sedaaapppp .... tak caya try.
Lembut sangat. Selalunya try buat kuih bom ni, samada tak jadi atau bila goreng meletup ... but this one everything is ok. Lembut aje .... A1 I give to this recepi !!!! Cuba lah...
RESEPI KUIH BOM
Utk Kulit:
Potato 320g direbus & lenyek
Tepung Pulut 360g
Tepung Gandum 80g
Gula Kastor 150g
Air 200ml
Garam 1 sudu teh
Sebatikan semua menjadi dough
Inti ikut suka le kelapa ke, read bean ke .... tapi original inti kelapa le.

Wednesday, January 9, 2008

CHEESE CAKE


Chilled Cheese Cake.
Resepi di ambil dr Chilled Blueberry Cheese Cake (Sumber Joy of Baking - dr Yen).
Diubahsuai sikit, tak bubuh pun blue berry, tak sempat bubuh dah habis.
Base:
120g biskut marie dihancurkan (saya pakai biskut oreo)
120g mentega cair
Cara membuat Base:
Campurkan mentega cair + biskut hancur, bentukkan dlm acuan & sejukkan
Filling:
a)
2 biji kuning telur
150g gula
160 g susu
Masak guna double boiler
b)
2 1/2 sudu besar gelatin (guna halalnya), larutkan dlm 6 sudu besar air didih
c)
250g cheese cream
250g double krim - dipukul sedikit (saya pakai whip cream, yogurt pun boleh gak)
Cara membuatnya:
- Pukul krim keju sehingga licin, masukkan a, b, d & double krim
- Tuang ke dlm bekas bikut hancur & sejukkan 2 - 3 jam
- Letak blueberry filling kat atas

AYAM MASAK MERAH

Would like to share this Ayam Masak Merah.... delicious & marvellous. Sumbangan dari Kak Baya dari RNet. Thank you for the resepi.

Bahan - Bahan:
1 ekor ayam - di potong kecil, bersihkan & digoreng

Bahan untuk dikisar:
10 tangkai cili kering
5 tangkai cili merah
3 cm halia
3 ulas bawang putih
1 labung bawang besar
2 btg serai
4 biji tomato
2 sd sos tomato
kacang peas (pilihan)
bwg besar - potong gelang
minyak masak, gula, garam

Cara:
1. Pijarkan minyak dlm kuali kemudian tumiskan bahan-bahan kisar hingga garing
2. Kemudian masukkan ayam, kcg peas, bawang, garam and etc
3. Gaulkan hingga sebati & adjust le rasa mengikut kesukaan
4. Masak hingga kering mengikut kesesuaian & kesukaan

This resepi is good. Lain dr yg lain resepi Ayam Masak Merah. Very simple & easy ... tak banyak kerenah.

CARROT CAKE

Buat carrot cake last sunday, 6th Jan, utk mkn sendiri.... yummy !!!! Itu yg tabur walnut banyak sakan ..... I tak pun bubuh cheese topping dia .... tak sempat ...


Resepi Carrot Cake:
Bahan2:
2 1/2 cwn tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh serbuk kayu manis (pilihan)
1/4 sudu teh garam
3/4 cwn brown sugar
1 cwn gula castor
4 biji telur
1 cwn minyak jagung
1 cwn mentega cair
3 cwn lobak parut
3/4 cwn walnut cincang
Topping:
3/4 ketul cream cheese
100g krimwell/mentega
1/3 cwn icing sugar
1 sudu teh lemon juice (optional)
Cara2:
1. Panaskan oven 180C
2. Ayak tepung bersama baking powder & soda bicarbonate dlm mangkuk
3. Campurkan lobak parut, minyak jagung, mentega cair, serbuk kayu manis, brown sugar, castor sugar & telur.
4. Kisar adunan sehingga lembut/gebu. Masukkan tepung, kacau sebati then masukkan walnut cincang & kacau rata.
5. Bakar dlm oven 45 minit hingga 1 jam.

Tuesday, January 8, 2008

THANK YOU FOR YOUR ORDER

Thank you for Ina, Zura for your order of fruit tarts. To June, thank you for chocolate e'clair order.