MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Tuesday, January 29, 2008

HOR FUN



Hmmm .... ketandusan idea nak masak apa utk anak-anak. Akhirnya yatie bercadang untuk memasak 'Hor Fun' sejenis Mi tebal yg nipis. Mcm mana tu ... confuse plak. Anyway, biasalah tu idea mengubah suai dah sampai, Yatie menggunakan kuay teow. ..... kuahnya juga dilebihkan menjadi lebih soupy sebab anak-anak sukakan makanan yg bersup.
RESIPI HOR FUN
Bahan-bahan:
500gm Hor Fun/Kuay Teow
(Yatie pakai Kuay teow)
300gm udang sederhana - dibuang kulit
300ml air rebusan ayam
250gm isi ikan (Yatie pakai fish fillet dihiris nipis)
200gm isi ayam - direbus & dihiris nipis
200gm daging - direbus & dihiris nipis
1 sudu mkn kicap pekat
1 sudu mkn minyak
2 sudu teh kicap cair
2 biji cili merah
kubis cina
garam & lada sulah
3 ulas bwg putih - dicincang halus
1 sudu teh tepung jagung - kalu suka utk memekatkan kuah
60ml air
CARA MEMBUATNYA:
1. Utk Hor Fun, panaskan minyak di atas api kuat, goreng hor fun dgn kicap pekat. Angkat & ketepikan. Hor Fun akan melekat jika kuali tidak cukup panas.
2. Utk kuah, panaskan minyak & tumis bwg putih hingga wangi. Masukkan air rebusan ayam & biar mendidih.
3. Masukkan daging, ayam, udang, sayur & fish fillet. tambah garam, serbuk lada sulah & kicap cair. Kacau rata.
4. Masukkan tepung jagung utk memekatkan kuah. Tuangkan kuah atas Hor Fun.
Selamat menjamu selera.

No comments: