MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Thursday, November 13, 2008

AGAR-AGAR MARBLE

Bagi yang ingin mencuba agar-agar marble, Yatie sertakan resipinya.

Bahan-bahan:
1 bungkus serbuk agar-agar (13gm per paket selalunya)
675ml air
22gm gula pasir
65gm mentega
4 biji telur
Setengah tin susu cair
1 sudu mkn tepung kastad
1 sudu mkn serbuk koko
1 sudu teh vanilla
pewarna kesukaan

Cara-cara:

1. Msk agar-agar, air + gula sehingga mendidih dan ketepikan

2. Dibekas yang lain, pukul telur sebentar kemudian masukkan susu + tepung kastad & kacau hingga rata barulah ditapis

3. Setelah ditapis. satukan adunan ini dengan adunan agar-agar & kacau rata serta msk semula sehingga mendidih

4. Masukkan mentega & vanilla & dikacau rata. Bolehle ditutup api.

5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Ikut warna kegemaran masing-masing le.

6. Cara nak menjalurkan agar-agar nie ada 2 cara. Cara yang pertama : sengetkan loyang dan masukkan satu senduk adunan berselang seli warnanya sehingga habis. Contoh: mula-mula masukkan adunan warna merah, pas tu warna hijau, pastu warna kuning, pas tu sambung balik warna merah, hijau & kuning sehingga habis adunan. Cara yang ke-2 : nie spt yang Yatie buat dlm gambar nie. Nie tak yah nak senget-sengatkan loyang. Mula-mula masukkan adunan berwarna kuning di tengah-tengah loyang. Diikuti warna cokelat diletakkan ditengah-tengah warna kuning. Pas tu masukkan warna merah ditengah-tengah warna cokelat. Diikuti pula warna kuning diletakkan ditengah-tengah warna merah dan buatlah sebegitu sehingga habis adunan.

SELAMAT MENCUBA !!!!!

9 comments:

lovely cupcakes said...

Assalammualaikum Puan Yatie.
Bila tengok agar2 marble nie teringat agar2 kak Zah muuhahhahahaa..

beautilicious shop said...

assalammualaikum pn yatie...leh x ganti susu cair 2 ngn fresh milk?n de sukatan yg tepat x tuk susu 2?
thnx

Delicious Food said...

saya x pernah try plak pki fresh milk tapi u bleh try & error. I think cuma rasa aje yg berbeza skit. Susu cair satu tin 400gm jadi setengah tin saya pakai dlm 200gm

ida ahmad said...

nak cuba ni. Bahan2 dah beli tp xbeli serbuk agak2 la. beli yang jalur2 tu. boleh ka ha? Sama ka hasilnya.

Kalau xada penimbang, main agaknya sukatan, agak2 jadi tak? Hahaha!!

Delicious Food said...

Tak pasti la Ida ... saya memang mengikut timbangan yg betul ... tapi kalu pandai mengagak apa salahnya mencuba

Unknown said...

Salam...saye dah try tuk polluck n kwn2 ckp sedap.tq tuk resepinye

Delicious Food said...

U r most welcome suziela Saleh

Delicious Food said...

U r most welcome suziela Saleh

Delicious Food said...

U r most welcome suziela Saleh