MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Tuesday, March 31, 2009

KEK PERKAHWINAN

Minggu ini penuh dengan tempahan bertemakan merah & putih. Sampai pergi kerja pun Yatie pakai merah & putih ... heheheheh ... rasa macam bekerja untuk Air Asia plak.
Kek dibuat sendiri oleh jiran saya, Liza. Saya cuma tolong tambah sana sini dan tepek bunga kat sebelah atas.


Sunday, March 29, 2009

BAKED CHEESE KEK

Cheese Kek yang ditempah oleh Cikgu Norfaiza dari SM Bandar Tasik Puteri.

APAM

Ninie menempah Apam Pandan, Apam berinti blueberry & strawberry.

Tuesday, March 24, 2009

CUPCAKE HANTARAN

Cupcake hantaran, bertemakan putih & merah, untuk majlis pertunangan yang ditempah oleh Ninie dari Bandar Baru Sentul.
Terimakasih Ninie.


Monday, March 23, 2009

KEK COKELAT

2 biji kek cokelat yang ditempah oleh Aziah dari Wisma Sawit, Kelana Jaya. Terimkasih atas sokongan.

Saturday, March 21, 2009

KEK BUTTER - KEK PERKAHWINAN 3-TIER

Bertemakan soft pink & maroon, dijadikan Sabariah sebagai tema untuk majlis perkahwinannya di Dewan Serbaguna Taman Melati.
Terimakasih kepada Sabariah atas tempahan dan Ninie for recommending.
Kek Perkahwinan 3 tingkat

KEK PELANGI

Kek Pelangi yang ditempah oleh Kak Kam dari Brunei Embassy. Terimakasih Kak Kam atas sokongan.

Monday, March 16, 2009

YATIECOOKING BERCUTI

PEMBERITAHUAN, YATIECOOKING AKAN BERCUTI BERMULA DARI 16 MAC SEHINGGA 20 MAC. TEMPAHAN MULA DITERIMA SEMULA BERMULA 21 MAC.

Saturday, March 14, 2009

COKELAT KEK

Tempahan kek cokelat untuk majlis harijadi adik Asyraff yang ke-5 dari Smart Reader Bandar Tasik Puteri.

Friday, March 13, 2009

BUTTER CUPCAKE WITH BUTTER ICING

Kali ini cupcake ditempah oleh Roy, dihantar ke Putra LRT Asia Jaya. Roy meminta butter cupcake dengan topping butter ising. Kebiasaannya, Yatie banyak menggunakan krim ising yang menggunakan krimwell & shortening. Tapi kali ini Yatie menggunakan butter icing. Untuk cupcake pula, Yatie menggunakan resipi butter kek dan dimasukkan ke dlm acuan cupcake.
Untuk yang ingin mencuba Butter Icing ini, Yatie sertakan resipinya yang Yatie dapat dari buku yang berjudul "Creative Ideas For Cake Decorating - Over The Top - Norzailina Nordin".

BUTTER ICING
(menghasilkan 600g butter icing)
BAHAN-BAHAN
Butter 125g
Gula icing 500g
Susu segar 2-3 sudu besar

CARA-CARA
1. Pukul butter sehingga kembang & ringan
2. Masukkan gula icing sedikit demi sedikit dan dipukul rata
3. Masukkan susu sehingga mencapai sebati dan mencapai konsisten yang dikehendaki





Thursday, March 12, 2009

MY SON'S BIRTHDAY

Tempoh hari Yatie buat sambutan hari jadi untuk anak lelaki saya.
Idea tak ada, penyakit "M"datang melanda ... heheheh ... buat kek yang simple-simple aje.
Kek chiffon orange yang di hias dengan lime buttercream, cuma ditepek badam disekeliling kek.
Berbagai perisa donut.
Blueberry & Strawberry Chesse Tart
Hot Dog digoreng dgn butter + lada sulah
Dadih Mix Fruit & Apple
Karipap Sardin yang dibuat oleh jiran.

Wednesday, March 11, 2009

FRUIT TARTS

Fruit Tarts yang ditempah oleh seorang guru di Sek Ren Bandar Tasik Puteri Rawang.

Tuesday, March 10, 2009

PUTERI AYU

Dah lama tak cerita pasal kek kan, asyik kuih-muih aje. Ha! Ini ada satu lagi jenis kuih-muih yang Yatie suka buat. Kali ini Yatie letak resipi sekali untuk yang ingin mencuba. Jangan marah, Yatie ada buat versi blueberry & strawberry. Selalunya kuih puteri ayu ni bewarna hijau tapi Yatie memodenkannya skit.

SUMBER RESIPI : MAJALAH RASA FEBRUARI 2009

BAHAN-BAHAN:
180g tepung gandum
200gm gula
3 biji telur
125ml santan cair ***
125ml santan pekat ***
1 sudu teh ovalet
100gm kelapa parut
secubit garam

*** Yatie tak pakai pun santan cair & pekat, Yatie gantikan dengan susu segar

CARA MEMBUATNYA:
1. Pukul gula + telur + ovalet hingga kembang

2. Masukkan tepung, santan, pes pandan + pewarna hijau & kacau hingga sebati.

- Untuk pandan yatie bubuh pes pandan + pewarna hijau
- Untuk blueberry/strawberry, Yatie bubuh pes blueberry/strawberry
3. Masukkan inti kelapa yg digaul dgn garam ke dlm acuan. Tekan hingga padat.
4. Masukkan adunan ke dlm acuan hingga paras penuh & kukus selama 5 minit atau sampai masak le.
Inilah hasilnya kuih Puteri Ayu dalam 3 perisa - pandan, blueberry, strawberry

Hmmmm ... kalau diletak lebih kelapa tentu lebih nampak menarik kuih ini.

Monday, March 9, 2009

BLUEBERRY MUFFIN MIX

Posting kali ini berbeza sedikit. Selalunya Yatie paparkan muffin menggunakan resipi sendiri tapi kali ini Yatie menggunakan 'ready-made' tepung yang dijual di Bake With Yen. Teruja sebenarnya dengan rasa muffin ini.
Kalau sesiapa yang membeli tepung 'ready-made' ini, memang sudah tertera bahan-bahan lain yang diperlukan. Diantara bahan yang diperlukan adalah tepung 'ready-made', telur, minyak & air. Semuanya dicampur dan digaul sebati.

Adunan yang telah sebati.

Inilah hasilnya Blueberry Muffin Mix yang telah dibakar. Sedap & lembut juga tapi macam ada rasa pisang flavor ... confuse ... tapi ok le.

Saturday, March 7, 2009

CUPCAKE HANTARAN

HANTARAN CUPCAKE YANG BERTEMAKAN BIRU LAUT.

Terimakasih kepada Nurul dari Perak yang menempah cupcake ini untuk saudaranya yang melangsungkan pertunangan.