MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Sunday, November 18, 2012

APAM GULA HANGUS

Apam Gula Hangus ... nak cuba buat nie ... jom.

Dibawah Yatie sertakan resepinya yg dapat dari blog Azlita Masam Manis.   Terimakasih kepada Kak Ita yang sudi kongsikan resepi dan kepada penyumbang resepi  Zuriana



APAM GULA HANGUS
Penyumbang Resepi : Zuriana
Resepi diambil dari blog: Azlita Masam Manis

Bahan-bahan:
1 cawan gula pasir 
1 cawan air 
Bahan yang di atas ini adalah untuk membuat gula hangus

2 biji telur
1/2 cawan minyak masak 
2 sudu besar marjerin 
2 sudu susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat.
1 1/2 cawan tepung gandum.

Cara Membuatnya:
Masak gula dalam periuk hingga kuning keemasan. Kemudian tambahkan air. Berhati2 semasa menambah air. kacau rata hingga gula larut.  Kemudian sejukkan. 
Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit. 
Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi. 
Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati. 
Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit jika mengunakan loyang besar.
Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik atau paper cup. Tapi masa mengukus dikurangkan kepada 15 - 20 minit sahaja.
Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya




No comments: