MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Friday, December 12, 2008

MUSHROOM CHEESE PUFF

Wanna try Mushroom Cheese Puff my way .... hahahaha .... of course the easiest & shortcut way because I am so lazy.

Kali ini boleh cuba Mushroom Chese Puff, style Yatie.... ini cara orang malas le sikit. Tapi sungguh mudah untuk disediakan. Amat sesuai untuk vegetarian, penggemar cendawan butang & penggemar cheese.
Untuk Puff:
Yatie beli dah siap puff pastry kawanku. Defrostkan dan diuli semula dan dibentuk ke dalam acuan-acuan pai yang kecil. Bubuh inti mushroom cheese. Bahagian atas ditutup dengan puff pastry & dibakar sehingga masak. Kalau oven saya, suhu 200C api atas bawah selama 25 minit atau sehingga puff naik dan berwarna kekuning-kuningan.
Untuk Inti:
1 biji bawang merah yang dipotong dadu
3 sudu besar butter
1 tin cendawang butang (yatie beli yg dlm tin aje, kes malas)
sedikit daun kering basil
½ st garam
Serbuk lada hitam/lada sulah (mana-mana boleh cuma rasa yang berbeza)
100gm cream cheese
50gm parmesan cheese (tak ada pun tak pe, tapi kalu ada pghhhhh ... meleleh)
sedikit sayur brokoli (tak letak pun tak apa)

Cara
1. Cairkan butter
2. Masak bawang sehingga layu
3. Masukkan cendawan, brokoli & daun basil
4. Masukkan perasa, lada sulah/lada hitam
5. Setelah masak, campurkan cream cheese & parmesan cheese sehingga ia cair

No comments: