MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Saturday, November 10, 2007

KEK GULA HANGUS @ RM12




Hari nie yatie ada order kek gula hangus. My friend, June & Zura yg order.

Sesiapayg nak order boleh le order dr yatie at 012-3243373. Harga satu kek RM12/recipe.

Dilampirkan resepi kek gula hangus yg Yatie guna, turun temurun tu. Sesuai untuk pencuci mulut di majlis makan2 & kenduri kahwin bagi menjamu tetamu.

Cara membuatnya:

1 cwn gula dihanguskan. Setelah gula hangus, masukkan 1 cwn air panas. Kena masuk perlahan2 pasal dia akanmembuih. Masukkan juga 2 sudu besar marjerin/butter. Masak sehingga butter cair & sejukkan seketika.

4 biji telur dibancuh sehingga kembang & campurkan 1 cwn susu pekat & sebatikan. Masukkan 1 cwn tepung + 2 sudu kecil soda bikarbonat & digaul rata. Dimasukkan dlm bekas + campurkan dgn bancuhan gula hangus tadi.

Dibiarkan selama 3/4 jam utk sarangnya menjadi. Selepas 3/4 jam barule dibakar 180C selama 1 jam. kalu direndam kurang dr 3 jam, sarangnya kurang le menjadi.

Selamat Mencuba!

2 comments:

zalmilah said...

hai kak yatie,..
thanks le sudi kongsi ur resepi kat sini...lps ni x yah nak sms2 lagi tanya resepi...
dari dulu memang tabik spring ngan akak,x kedekut resepi...
maklum ler..saya budak baru belajar.. buat makaroni bakar pun x pass2 lagi..hehheheh (x jadi exactly mcm yg akak buat)
semoga terus sukses...

Delicious Food said...

Terima kasih sweetbeads. Selamat mencuba! Di samping menjual, memang cita-cita nak loadkan resipi- resipi yg ada kat dlm peti besi. Akak lebih suka kalau akak sendiri dah test resipi tu.