MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Tuesday, October 13, 2009

KUIH LAPIS PELANGI

Hmmm ... masih berkisar tentang kuih muih lagi ... tapi ini bukan untuk tempahan ya .... hanya untuk resipi yang berjaya Yatiecooking mencuba dan untuk dikongsi bersama.

Tapi jangan tersalah faham pulak ... Yatiecooking masih mengambil tempahan kek & cupcake.

Ini resipi Kuih Lapis Pelangi yang Yatie cuba. Suka tengok sebab cantik dan rasanya "not bad". Tahap kemanisan pun orang putih kata "just nice". Sumber resipi dari Majalah Rasa Oktober 2008. Baru nak try u ...hahahah ... nasib baik jadi ... Terimakasih kepada penyumbang resipi.

RESIPI KUIH LAPIS PELANGI
SUMBER : MAJALAH RASA

Bahan-bahan :

240gm tepung beras
120gm tepung gandum
240gm gula
200ml santan
1 liter air
1 sudu teh garam
1 sudu teh minyak masak
Pewarna yang disukai

Cara membuatnya:

1. Masukkan gula, santan, tepung beras, tepung gandum, minyak, garam dan sedikit air ke dalam pengisar.
2. Kisar semua bahan sehingga tidak berketul & adunan rata
3. Keluarkan adunan ke dlm mangkuk & tambahkan air serta dikacau sebati. (Sebab pengisar Yatie kecil, jadi yatie kisar 2 kali & Yatie gunakan semua 1 liter air tu)
4. Bahagikan adunan kepada 5 atau 6 atau 7 bahagian yang disukai. Ini kira atas kita lah berapa bahagian warna yang kita nak letak.
5. Warnakan setiap bahagian dengan warna pilihan dan kukuslah selapis demi selapis sehingga adunan habis.
6. Apabila masak, sejukkan barulah boleh dipotong.

SELAMAT MENCUBA BUAT SEMUA !!!!

No comments: