MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Thursday, January 28, 2010

KEK HARIJADI BELLA

Banyak kisahnya tentang tempahan ini ... memang pecah perut gelak mengenangkan alkisah kek ini.

Kek chocolate moist ini ditempah oleh sahabat Linda. Yatie telah menyuruh anak no. 2 pergi bertanyakan kepada Linda apa nama yang hendak ditulis atas kek tersebut. Linda memberitahu namanya NABILA siap dieja lagi. Tapi anak Yatie beritahu Yatie namanya Bella. Macam mana tu ... Yatie pun buat Bella le ... keesokan harinya setelah Linda mengambil kek di rumah, beliau terus menalipon Yatie memberitahu nama diatas kek telah salah.

Makk Aiii ... nak buat macam mana, masa tu Yatie kerja. Nak suruh anak baiki pun dia tak ada di rumah sebab mengikut suami menghantar nenek ke hospital. Akhirnya sahabat Linda berbesar hati menerima kek tersebut. Terhutang budi Yatie dengan beliau ...

Bila Yatie pulang ke rumah dan menanyakan hal tentang nama ... katanya betul Linda ada beritahu namanya NABILA ... hahahahaha .... saya confuse.

Anyway, thank you to sahabat Linda atas tempahan.

Tuesday, January 26, 2010

KEK AFRICAN MARBLE/DOORGIFT

Kek African Marble yang dipotong 4 segi dan dipack dalam butterfly box dijadikan doorgift dihari perkahwinan. Terimakasih kepada Lynna di Taman Sri Keramat yang menempah 1000 kotak di hari bahagianya. Harga RM1/box.

Monday, January 25, 2010

CUPCAKE

Cupcake ditempah oleh seorang pelanggan di Bandar Tasik Puteri yang datang mengambil sendiri dirumah. Maaf terlupa nak catat nama .... one of the sign of my aging .... heheheh ... anyway, thank you.

Wednesday, January 20, 2010

MINI MUFFIN

Mini muffin sebanyak 200 plastik x 3 biji muffin ditempah oleh Adhilla bertemu di Jaya Jusco Wangsa Maju. Terimakasih atas tempahan.

Sunday, January 17, 2010

CUPCAKE DOORGIFT / KEK HANTARAN

Terimakasih kepada Noor Atikah yang menempah 700 biji cupcake sebagai doorgift serta kek-kek hantaran. Dalam 700 biji cupcake tu dibahagikan kepada 3 design, tapi ada 2 aje yang sempat diambil gambar. Yang satu lagi design terlupa... Maaf ye. Anyway, all the photos for viewing.
Design pertama



Design kedua Kek-kek hantaran yang ditempah oleh Noor Atikah dari Shah Alam. Kami jumpa di Tesco Shah Alam.






Wednesday, January 13, 2010

BAKED CHEESE KEK

Baked Cheese Kek ditempah oleh Amiza yang berjumpa di Giant Kota Damansara. Maaf atas kesilapan yang tertera di gambar. Ia bukannya chilled cheese kek tapi Baked Cheese kek.
Terima kasih Amiza.
Chilled Cheese Kek
Kek Butter dan topping buah-buahan


Fruit Tarts


Tempahan dari adik Zulfadzli.

Tuesday, January 12, 2010

CUPCAKE HANTARAN - TEMA OREN


Oren .... oren .... terang dan berseri. Lebih-lebih lagi dipadankan dengan warna putih.
Warna oren adalah warna yang bertenaga dan dikaitkan dengan warna penyembuh (healing color "omputih kata")

Tempahan dari adik Zul di opis untuk saudaranya yang bertunang di kampung. Hmmm ... adik zulnya tak tahu bila lagi ... la...la...la...

Anyway, thanks dik for your order and nice choice of color. Kalu mengikut firasat (tak bertauliah) orang yang suka warna oren ni is very thoughtful and sincere ....ntah le ... yatie baca somewhere ...




Sunday, January 10, 2010

CUPCAKE - DOORGIFT

Cupcake ditempah NorHaslinda dijadikan doorgift untuk majlis di pejabatnya.
Linda menempah 60 biji semuanya dan mahu design & warna yang berbeza.


Base cream berbunga ros putih & pink


Base pink berbunga ros putih serta bunga putih/merah

Base putih, bunga ros putih & bunga merah/biru/kuning/pink

Base purple bunga ros + bunga putih

Base oren + bunga ros & bunga putih/merah

Base kuning berbunga ros putih + bunga kecil warna pink/hijau/oren



Terima kasih Linda atas tempahan.

Saturday, January 9, 2010

CUPCAKE - MOSS GREEN


Happy viewing. Ini adalah sample cupcake menggunakan warna moss green yang Yatie buat untuk Atikah for her wedding. Yatie buat 2 contoh. Satu base moss green dan bunga warna putih.

Kedua, yatie menggunakan base moss green & various colors untuk bunganya.



Thursday, January 7, 2010

KEK BEN-10 & MINI PIZZA


Kek Ben-10 untuk adik Hazwan tempahan dari Marina. Pick-up point di Petronas Kota Damansara.

Marina juga menempah mini pizza serta kek kukus asam manis (tiada dlm gambar). Thanks Marina for your order and comments about the kek kukus. Maaf terlembik sedikit saya buat kek tu. Its good to hear that you like the cake and the mini pizza.