MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Thursday, March 31, 2011

KEK HANTARAN PERKAHWINAN



Terimakasih kepada cik yatie atas tempahan untuk majlis pertunangannya. Pick-up point di Giant Rawang.






Tuesday, March 29, 2011

TEMPAHAN MINI SOSEJ & CUPCAKE



Tempahan dari seorang pelanggan untuk birthday anaknya. Terimakasih atas tempahan.








Monday, March 28, 2011

CUPCAKE HANTARAN PINK/PURPLE

Cupcake hantaran bertemakan pink/purple. Design sama seperti yang terdahulu, permintaan dari customer sendiri. Terimakasih kepada Princess Ozaza dan rakannya atas tempahan.

Sunday, March 27, 2011

CUPCAKE HANTARAN BERTEMAKAN MERAH/PUTIH


Cupcake hantaran bertemakan merah/putih ditempah oleh Mona, pick-up di Giant Shah Alam. Terimakasih Mona.

Saturday, March 26, 2011

CUPCAKE HANTARAN PERKAHWINAN


Cupcake hantaran topping buttercream tempahan dari Mariam bertemakan pink & hijau. Terimakasih Mariam.

Friday, March 25, 2011

DONUT "G"

Mencuba Donut "G" .... resipi sumbangan dari Najibah Salasiah Homemade dari Kota Bharu, Kelantan. Terimakasih Gee atas sumbangan yang tidak terhingga.
Resipi untuk dicuba.


BAHAN-BAHAN: 900gm high protein flour

100gm low protein flour

160gm gula

10gm garam

8gm bread improver

2 biji egg

30gm milk powder

450gm air sejuk

120gm martiana margarine

24gm yeast @ 2 pek kecil


CARA MEMBUATNYA: 1. Semua adunan dicampur sekali dan diuli sehingga sebati. Setelah itu perap selama lebih kurang 2jam atau sehingga adunan naik 2 kali ganda.

2. Boleh le diuli mengikut size yg dikehendaki.



Thursday, March 24, 2011

KEK LAPIS PRUN

Kek lapis prun ... sedap lemak-lemak manis si buah prun ... hehehheeh.

Ingin mencuba, disertakan resipinya yang Yatie dapat dari sebuah buku Kek Lapis Sarawak.

BAHAN-BAHAN
25 biji kuning telur
20gm gula halus 450gm mentega
5 sudu besar susu pekat
100gm tepung rendah protin (saya pakai tepung gandum aje)
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh campuran rempah
380gm prun - dipotong jalur besar pewarna kuning ( saya tak letak pun)

CARA MEMBUAT :
1. Dalam satu bekas, pukul mentega & susu pekat sehinnga berkrim
2. Dalam bekas yg lain, pukul kuning telur sehingga ringan & lembut
3. Masukkan tepung, serbuk penaik & campuran rempah yg telaj diayak terlebih dahulu kedalam adunan telur
4. campurkan adunan mentega & kacau sebati, campurkan pewarna kuning
5. Lapiskan ke dalam acuan kek dengan buah prun yg telah di potong & masak selapis selapis sehingga adunan habis
6. Masak dengan haba atas pada sudu 220C atau mengikut kesesuian oven masing-masing. Setelah semua lapisan habis dimasak akhir sekali masak kek dengan haba api atas dan bawah pada suhu 180C selama 15 minit untuk memastikan kek masak sepenuhnya.

Nini menempah kek lapis prun untuk dijadikan hantaran. Terimakasih atas hantaran.

Tuesday, March 22, 2011

KEK TEMPAHAN DARI HARYATI




Terimakasih kepada Puan Haryati untuk tempahan kek harijadi anak-anaknya.





Monday, March 21, 2011

KEK COKELAT

Kek last minute tempahan dari Mariam .... betul-betul last minute, choc ganache pun tak sempat mengeras. Kek masak terus letak bawah kipas nak bagi instant sejuk. Buntu ideaku. katnya tak kisah apa cara sekalipun nak juga. Maaf Mariam atas segala kekurangan.

Sunday, March 20, 2011

MY EGG TARTS

Ini pula adalah my version of egg tarts Part II. Part I telah saya sertakan bersama dengan resipinya di post yang lalu dimana ia menggunakan whipping cream sebagai sebahagian dari adunan untuk menghasilkan intinya (filling). Disini lain pula, ia menggunakan tepung kastad. Resipi ini dimabil My Resipi.com. Terimakasih kepada penyumbang resipi.


Untuk bekas tat tersebut, yatie menggunakan resipi sama seperti membuat bekas tat untuk fruit tart yang ada yatie sertakan di posting yang terdahulu.

Untuk filling tarts:

BAHAN-BAHAN:
2 biji telur

4 camca besar gula

1 camca teh esen vanilla

2 cawan air suam

5 camca besar susu pekat manis

4 camca besar tepung kastad


CARA-CARA:

Bancuh semua bahan-bahan hingga sebati dan diletak ke dalm acuan tart, dibakar sehingga fillingnya kasak (lebih kurang 10 minit)


- Bagi version Yatie, bancuh semua sehingga sebati dan dimasak sedikit sehingga likat sedikit barulah Yatie tuangkan ke dalam acuan tart.


SELAMAT MENCUBA!!!

Saturday, March 19, 2011

KEK HARIJADI KAWANKU


Kek harijadi ku buat untuk office-mate sempena harijadinya. Kek yang saya buat adalah kek african marble.