MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Thursday, February 9, 2012

RAINBOW CUPCAKES SEBAGAI HANTARAN




Sibuk bercakap pasal rainbow kek, Yatie ada buat rainbow cupcake. Singgah rumah Azlita masam manis, tengok kekya ... hmmmm .... menggoda sungguh. Jadi inilah hasilnya.


Rainbow cupcake nie Yatie buat sebagai hantaran untuk anak saudara tempoh hari. Resipinya ada dilampirkan ya.




BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN UNTUK RAINBOW CUPCAKE:

SUMBER: WHISK KID DARI MARTHA STEWART SHOW APRIL 2010

SUMBER : AZLITA MASAM MANIS


1 1/2(setengah) cwn tepung gandum
2 sdk baking powder

Secubit garam garam

1/2 cwn butter ~ suhu bilik
3/4 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis
3 biji putih telor ~ suhu bilik ( saiz B)
1sdk esen vanila
3/4 cawan susu segar ~ suhu bilik

CARA MEMBUATNYA:
Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan paper cup secukupnya

Ayakkan tepung, baking pwder dan garam ~ ketepikan.

Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu atau butter bertukar warna putih .

Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai gebu dan ringan.

Masukkan esen vanila.

Kemudian gunakan spped paling perlahan sekali, masukkan pula tepung berselang seli dengan susu segar.

Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.


*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.maksudnya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung.


Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan.
Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata
Tompokkan setompok setompok warna berlainan warna dan berselang seli dalam paper cup.
Buat hingga semua adunan habis
* untuk mudah masukkan adunan dalam plastik bag atau pipping bag
Gunakan lidi bersih dan buatkan satu putaran pada permukaan kek

Bakar dalam oven selama 25 minit atau sehingga kek masak sempurna.

No comments: