MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Monday, May 21, 2012

KEK BATIK ARORA

Meriah warna-warni kek ini ... dah namanya pun Kek Batik Arora.  Singgah rumah  home sweet home , nampak plak resipi nie ... terima kasih kak kerana sudi berkongsi resepi nie.

Kalau nak cuba, resepi seperti tertera:

KEK BATIK ARORA

Resepi: De Nuanza

Bahan-bahan:- (loyang bulat 8 inci)
  • 250 g mentega
  • 100 gram gula castor
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 250 g tepung gandum
  • 6 biji telur
  • 2 sudu teh baking powder
  • 5 jenis pewarna dan perisa
Cara-Cara:-
  1. Gris dan alaskan loyang dengan baking sheet, ketepikan.
  2. Pukul mentega bersama gula sampai kembang memutih.
  3. Masukkan susu pekat manis dan pukul sebati.
  4. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi hingga sebati.
  5. Sementera itu, ayak tepung bersama baking powder, kemudian masukkan kedalam adunan dan pukul lagi sampai adunan sebati (guna speed sederhana perlahan)
  6. Bahagikan adunan kepada 5 bahagian dan warnakan atau perisakan ikut kesukaan.
  7. Tompok-tompokkan setiap warna dlm loyang sampai habis atau ikut kreativiti masing-masing
  8. Bakar kek ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160-180 darjah celsius selama 45 mnt - 1 jam (akak bakar pd suhu 165 C selama 50 minit).
Terimakasih kepada Home Sweet Home dan juga penyumbang resepi De Nuanza.

No comments: