MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Friday, January 18, 2008

FUNGSI TEPUNG

Banyak terdapat jenis tepung yang dijual di pasaran & menyebabkan kekadang kita naik 'confuse' akan kegunaannya. Yatie ambil article ini dari Majalah Rasa Mac 2005 utk rujukan.

TEPUNG SERBA GUNA
Sesuai untuk sebarang jenis masakan. Pakai tepung gandum aje sebab senang nak beli kat kedai ... hehehehe

TEPUNG BERPROTEIN TINGGI
Sesuai utk buat roti sebab tepung nie ada daya anjalan yg tinggi.

TEPUNG BERPROTEIN RENDAH
Sesuai utk buat kuih pau & seumpamanya.

TEPUNG GANDUM
Sama fungsi dengan tepung serba guna. Lagi senang nak dpt kat kedai-kedai kecil.

TEPUNG KRIMER
Krimer nie adalah susu yg dibubuh kat dlm minuman Nescafe/Milo.

TEPUNG NAIK SENDIRI
Mempunyai kandungan serbuk penaik. Jika tiada, anda boleh menggantikannya dengan ayak 250gm tepung gandum dgn 1 sudu mkn (rata) serba penaik (baking powder).

TEPUNG ROS
Mengandungi bahan tepung jagung yg boleh merangupkan biskut.

TEPUNG HONG KONG
Dikenali juga sebagai Water Lily Flour. Sejenis tepung yg sangat putih selalunya digunakan utk buat pau. Tepung ini mudah rosak - berkutu/berulat.

TEPUNG PULUT
Berwarna putih. Nama org putihnya 'Glutinous rice flour' & diimport dari negara jiran, Thailand. Selalunya kita confuse dengan tepung beras sebab pembungkusan plastiknya yg hampir sama. Tepung mengandungi 100% beras merah asli. Kaya dgn vitamin E & B serta mudah dicerna sesuai utk pengidap penyakit kencing manis & ibu mengandung.

TEPUNG OPTIMA
Sejenis tepung yg mengandungi gula & sesuai utk buat kek keju. Boleh digantikan dgn penggunaan tepung serba guna, tepung kastad atau tepung jagung bergantung kepada kesesuaian resipi.

TEPUNG WHOLEMEAL
Tepung gandum tulin yg mengandungi serat gandum tidak hancur. Tepung ini tidak boleh diayak & jika digunakan, akan menghasilkan roti atau muffin yg berat.

TEPUNG HOEN KWEE
Digunakan utk membuat kuih-muih.

TEPUNG KASTAD
Tepung ini berfungsi sebagai mewangikan masakan anda selain dr berfungsi membuatkan tekstur kek anda lebih rapat. Boleh digantikan dgn tepung gandum, jika suka.

TEPUNG BISKUT MARIE
Biskut marie yg dikisar halus.

TEPUNG UBI
Dikenali juga sebai tepung kanji atau tepung ubi kayu berfungsi utk meliatkan adunan. Sesetengah tempat menggantikan penggunaannya dengan tepung sagu.

TEPUNG JAGUNG
Berfungsi uk memekatkan.

1 comment:

Saliha said...

boleh bagi contoh tepung yang dekat pasaran tak untuk tepung berproteon tinggi dan rendah tu