MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Wednesday, December 26, 2012

IKAN BAKAR LEMAK PANDAN


Sudah lama Yatiecooking mencuba resepi ini tetapi cuma lama pulak nak upload resepi dan gambar di blog. Ini semua angkara masalah teknika yang Yatie sendiri kurang pasti macam mana nak selesaikan.  Tekan sana tekan sini akhirnya dah berjaya juga.

Yatie buat masakan ini masa kawan-kawan Yatie datang ke rumah.  Biasanya bakar-bakar kosong aje ikan ini. Tapi sedap bila mencuba resepi dari blog Kak Azlita Masam Manis ni.  Sungguh lemak rasa ikannya.  Tidak rugi juga peminat-peminat resepi mencuba resepi ini.

Resepi sumbangan : Kak Azlita Masam Manis
(http://fromintankitchen.blogspot.com/2012/01/ikan-bakar-lemak-pandan.html)



IKAN BAKAR LEMAK PANDAN

Bahan-bahannya:
2 ekor ikan ~ di siang dan di cuci bersih
2 helai daun pandan

Ikan yang telah di bersihkan tadi dililit dengan daun pandan dan sematkan daun pandan dengan lidi
Ketepikan

125 ml pati santan
3 ulas bawang putih ~ dikisar
8 ulas bawang merah ~ dikisar
Garam secukup rasa

Panaskan oven terlebih dahulu
Satukan bahan yang dikisar dengan santan dan garam secukup rasa
Lapiskan loyang pembakar dengan daun pisang
Susun ikan atas daun pisang
Tuangkan kuah santan atas ikan dan ratakan di kedua-dua belah
Bakar ikan dalam oven dengan pintu oven direnggangkan sedikit selama 30 minit atau sehingga ikan masak kuning keemasan
Hidangkan ikan dengan air asam

*** Sebab Yatie masih mempunyai lebihan kuah santan, Yatie masak kuahnya sehingga pekat & sewaktu hendak menghidang, Yatie tuangkan lebihan kuah ke atas ikan.

Terima kasih diucapkan kepada Kak Azlita Masam Manis yang tidak putus-putus menghasilkan resepi yang sungguh menarik dan sudi berkongsi bersama.

SELAMAT MENCUBA ya ....

No comments: