MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Friday, May 16, 2008

KEK LAPIS HORLICKS MILO



Teruja anak-anak dengan gambar yang dipostkan di Mat Gebu blog. Thanks Mat Blog for the recipe. Akhirnya terpaksalah yatie cuba juga untuk membuat Kek Lapis Horlicks & Milo walaupun kemalasan berada ditahap paling tinggi.
Untuk ingin mencuba, Bahan-Bahannya:
10 biji telur gred A (Yatie belasah aje A ke B ke C)
460g mentega
200g gula halus
390g susu pekat manis
240g tepung halus diayak
100g Horlicks
100g Milo
Cara Membuatnya:
1. Pukul mentega dgn gula hingga putih, masukkan telur satu persatu & pukul hingga kembang. Guna high speed.
2. Masukkan susu pekat & pukul rata
3. Perlahankan speed & masukkan tepung sedikit demi sedikit sampai habis. Bahagikan adunan sama banyak. Satu dicampur dengan Horlicks & satu lagi dicampur dengan Milo.
4. Kemudian dibakar selapis demi selapis, macam buat kek lapis sarawak tu.
Cara Bakar:
1. Sediakan acuan
2. Lapisan pertama, masukkan 4/5 sudu lapisan Horlicks kedalam acuan
3. Dibakar pada suhu 150C selama 3 - 5 minit menggunakan api grill (Kalau Oven Yatie, 150C mengambil masa 10 minit sekurang-kurangnya untuk masak dan menggunakan api atas)
4. Selepas lapisan pertama masak, pastikan tiada gelembung-gelembung udara. kalu ada tu kena lah tekan guna penekan kek tu supaya rata sebelum ditambal dengan lapisan kedua.
5. Lapisan kedua adalah lapisan Milo, ulang seperti yang dibuat di lapisan pertama
6. Dan seterusnya dibakar selapis demi selapis berselang seli Horlicks & Milo sehingga habis.
SEDAPPPPP !!!! CUBALAH !!!!!!

No comments: