MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Friday, December 30, 2011

APAM POLKA DOT

Tempahan Kak Wan dari Danau Kota, apam polka dot.

BROWNIES

Brownies kacang & badam ditempah oleh office mate, Rahayu.

Thursday, December 29, 2011

Wednesday, December 28, 2011

KEK BUTTER & RED VELVET

Tempahan dari kawan lama, kek butter dengan hiasan christmas dan kek red velvet topping cream cheese (lupa plak nak ambik gambar ... heheheh)






Sunday, December 25, 2011

KEK PERKAHWINAN

Tempahan kek kahwin 3-tier, warna tema purple ... sebenarnya warna pink purple tapi saya tersalah buat plak ... nasib baik customer ok aje.







Saturday, December 24, 2011

IT'S CHRISTMAS TIME



It's Christmas time ... tempahan dari Kavita & kawan-kawan. Kek didalam cuma kek butter biasa aje. Thank you for the order & thank you to all that love my artworks.... heheheh




Friday, December 23, 2011

TEMPAHAN KEK

Brownies
Kek Pandan Lapis

Kek Pandan Lapis, Brownies & Kek African marble tempahan dari pelangganku di Jalan Ipoh depan Mutiara Kompleks.


KEK ALUNAN KASIH

Terimakasih Kak Kam dari Brunei Embassy yang tak putus-putus menempah kek alunan kasih.

Thursday, December 22, 2011

DOORGIFT MUFFIN



Tempahan dari Kak Wan Son di Danau Kota. Pilihan mini muffinnya adalah vanilla choc rice, pandan choc chip, oren choc rice & vanilla choc rice. Terimakasih atas tempahan.



Wednesday, December 21, 2011

KEK COKELAT MOIST



Kek cokelat moist yang ditempah oleh Nora dari Bandar Tasik Puteri, Rawang.

Wednesday, December 7, 2011

MESSAGE PENTING DARI YATIECOOKING !!! SILA BACA

MESSAGE PENTING !!!!!!

Terdapat scam yang telah memecah masuk email saya dan menghantar email mengatakan saya tersangkut di UK dan memerlukan bantuan kewangan. JANGAN TERPEDAYA !!!! Ini adalah perbuatan orang yang tidak bermoral dan berniat jahat.

Buat masa sekarang saya tidak dapat access kepada email norhayati4@yahoo.com dan perbuatan jahat tersebut telah dilakukan menerusi email saya. Saya juga tidak dapat access kepada akaun facebook saya.

Sebarang pertanyaan mengenai tempahan sila hubungi saya di 012-3243373.

Harap-harap dapat rakan membantu dengan linkkan message penting ini ke facebook masing-masing.

Terimakasih atas bantuan.

Saturday, November 26, 2011

Wednesday, November 23, 2011

DOORGIFT

Tempahan doorgift dari Puan Zaiton dari Kota Damansara.



Bekas biskut yang diberikan sentuhan riben & bunga



Biskut Daisy, nak isi biskut-biskut yang lain pun boleh. Tapi biskut daisy nampak cantik dan sedap





RM4/bekas dan harga boleh dirunding untuk tempahan yg banyak





Monday, November 21, 2011

CUPCAKE HANTARAN

Cupcake cokelat in the oven.
Untuk hantaran bertemakan hijau ditempah oleh Puan Roza dari Green Valley Park, Rawang.






Sunday, November 20, 2011

ROSE PAU

Jom kita buat Rose Pau .. sekali sekala tukar bantuk pau nie ..


Rose Pau yang belum dikukus lagi.
Rose Pau telah siap dikukus, siap sedia untuk dimakan


Nak cuba Pau nie ... meh jom kita tengok apa yang diperlukan. Pau nie menggunakan Purple Sweet Potatoes barulah pau nie jadi warna purple gitu dan cantik. Yatiecooking tak larat nak pi supermarket nak cari purple sweet potatoes nie jadi belasah keledek biasa aje le.

RESIPI ROSE PAU

SUMBER DARI AZLITA MASAM MANIS BLOGSPOT


BAHAN-BAHAN:

250gm keledek (rebus/kukus)

200gm air

500gm tepung pau

1 sudu teh baking powder

100gm gula

50gm shortening **

secubit garam

11gm yis



CARA MEMBUATNYA:


1. Keledek dikukus/rebus, buang kulit dan dikisar sehingga halus dgn air

2. Campurkan semua bahan kecuali ** dan uli sebati

3. Akhir sekali masukkan **, sebatikan

4. Biarkan adunan naik 2 kali ganda barulah dibulat2kan.


MACAM MANA NAK DAPAT BUAT BENTUK ROSE:

Nak tahu details & step by step boleh le ziarah Azlita Masam Manis blogspot.


SELAMAT MENCUBA !!!!!!!!