MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Friday, February 29, 2008

ROTI SOSEJ

To Mahani, selamat mencuba resipi Roti Sosej - sumber Kak Hanieliza dari RNet.

Sosej secukupnya - direbus & ditoskan

Bahan Roti:
1kg tepung gandum
2 paket yeast mauripan
200gm gula halus/kastor
4 sudu besar susu tepung
secubit garam
500ml air suam
3 sudu besar susu pekat
3 sudu besar shortening
3 sudu besar butter

Cara membuat roti:
1. Masukkan semua adunan dan uli rata selama 30 minit
2. Tutup dgn kain bersih & lembab
3. Biar dlm suhu bilik sehingga adunan naik 2x ganda (anggaran 30 - 45 minit)
4. Bila adunan naik, tumbuk adunan supaya angin keluar
5. Ambil adunan sedikit & digelek untuk dililitkan dikeliling sosej. Kalau Yatie buat, Yatie potong sosej tu kpd 3, jadi dpt comel-comel aje.
6. Sapukan dgn bahan glaze & taburkan sedikit bijan
7. Biarkan adunan naik semula (15 - 20 minit)
8. bakar dlm suhu 200C sehingga keemasan mengikut kesesuain oven masing-masing
Bahan Glaze:
3 biji kuning telur + 3 sudu besar susu segar dikacau rata
SELAMAT MENCUBA MAHANI

No comments: