MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Wednesday, October 20, 2010

Apam Kukus

Apam kukus ditempah lagi oleh Ninie dari Bandar baru Sentul. Terima kasih Ninie.

Bagi yang meminta resipi apam kukus nie, selmt mencuba.
APAM KUKUS
Bahan-bahan:
2 biji telur
1 cawan gula
1 sudu kecil ovalette
2 sudu teh vanilla
1 cawan susu segar
2 cawan tepung naik sendiri
Cara-cara:
1. Pukul telur, gula, vanilla dan ovalette sehingga kembang
2. Masukkan susu dan kacau sebati
3. Akhir sekali baru masukkan tepung dan gaul sebati.
4. Bubuh ke dlm acuan dan kukus sehingga masak

3 comments:

envian said...
This comment has been removed by the author.
envian said...

boleh tak kalau overlette tak digunakan dlm membuat apam kukus?atau adakah bahan lain untuk menggantikannya..?

Comic Lover said...

Bahan-bahan ( 3-4 org )

Bahan A:-
3 cawan tepung gandum
1/2-3/4 cawan gula(kalau yang suka manis letak 3/4 cawanlah
1 cawan air sejuk
2 sudu besar mentega/marjerin
Pencelup merah dan susu pekat manis 3 sudu besar
Bahan B:-
11 g yis kering (mauripan)
1 cawan air suam
Cara-cara

Bancuh Bahan B dan kacau hingga yis larut.Ketepikan
Satukan semua Bahan A dan kacau hingga semua sebati.
Ambil Bahan B dan masukkan dalam adunan tepung (Bahan A) tadi .Kacau lagi sehingga sebati.
Adunan selepas di kacau hendaklah tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.Lebih cair dari adunan kek tapi lebih pekat sedikit dari adunan kuih cara/ketayap.
Biarlah seketika dalam 15 minit untuk adunan naik...lepas tu boleh la kukus dalam 30 minit.
Nak test dah masak ke tidak ,try masukkan lidi satay ,kalau kering,tak melekat adunan tepung tu,dah masak la.Boleh la angkat.
Lepas angkat ,sejukkan seketika..boleh potong,makan ngan kelapa parut..

boleh gak kan....