MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Friday, June 26, 2009

CUPCAKE BIRTHDAY

Cupcake birthday yang ditempah oleh Zulfadzli dari Kerinchi untuk harijadi kawannya - Marl. Disini Yatie sertaka beberapa variasi cupcake. Cupcake butter dengan topping cokelat, krimwell & butter icing.
Terimakasih adik atas tempahan. Ini dah qualify untuk masuk group fan untuk pelanggan tetap ... heheheh



Thursday, June 25, 2009

KEK LAPIS BLUEBERI PUTIH TELUR

Hmmm ... dah tiba musim bulan puasa .... dah tiba nak berhari raya. Mesti suri rumah sibuk dengan juadah-juadah berhari raya diantaranya adalah biskut raya. Kebanyakan biskut raya ada diantara resipinya yang menggunakan kuning telur. Jadi apa jadi pada putih telur? Mesti banyak yang berlebih. Ini adalah salah satu resipi yang menggunakan putih telur agar putih telur kita tidak terbuang begitu sahaja. Cubalah ... ia mudah & senang.
Resipi Kek Lapis Blueberry Putih Telur saya ambil dari buku Kek Lapis Sarawak terbitan One Publisher.
BAHAN-BAHAN:
450g putih telur
180g gula halus
350g mentega
100g susu pekat
180g pai inti blueberri
180g tepung
CARA-CARA:
1. Putih telur dan gula pukul dengan kelajuan tinggi sehingga kembang & ringan
2. Dalam mangkuk berasingan, gaul mentega & susu pekat sehingga ringan & penuh berkrim barulah dimasukkan tepung
3. Kemudian campurkan adunan no. 1 ke dalam adunan no. 2 dan digaul sebati
4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian - satu bahagian dibiarkan dan satu bahagian lagi dicampurkan dengan inti blueberry
5. Kukus adunan selapis demi selapis. Yatie mulakan dengan yang adunan asli. Masukkan dalam 5 atau 6 sudu ke dalam loyang (bergantung kepada saiz loyang & ketebalan lapisan yang kita hendak) & kukus sehingga masak. Selepas itu dilapiskan dengan adunan blueberry, dikukus semula dan dibuat berselang seli sehingga semua adunan habis dimasak.

Wednesday, June 24, 2009

BAKED MAKARONI CHEESE

Ulangan tempahan dari pelanggan tetap Yatie's Baked Makaroni Cheese. Terimakasih kepada Puan Na (Abg Wan) dan Liza (Zali Jazz) dari Green Valley Park, Rawang atas tempahan.

Tuesday, June 23, 2009

CUPCAKE HANTARAN

Cupcake hantaran yang ditempah oleh Mastura sekali lagi dari Puchong. Temanya kali ini hijau dan dipack dalam kotak 4 segi.



Sunday, June 21, 2009

KEK HARIJADI - KEK COKELAT

Kek harijadi yang ditempah oleh teacher di Tadika Smart Reader Bandar Tasik Puteri.

Saturday, June 20, 2009

KEK HANTARAN PERTUNANGAN

Kek Hantaran Pertunangan yang ditempah oleh Roza dari Green Valley Park untuk adik iparnya yang bertunang dengan pasangan pilihan. Roza memilih taman hati yang dihiasi dengan buah strawberry.



Friday, June 19, 2009

KEK HARIJADI

Kek harijadi ini ditempah juga oleh pelanggan Liza Puji. Yatie tolong tampal buttercream aje.


Thursday, June 18, 2009

KEK HARIJADI

Kek Harijadi yang ditempah oleh pelanggan Liza Puji. Kek yang dibuat sendiri oleh Liza dan Yatie hanya tolong touch-up aje.


KEK PERKAHWINAN


Kek perkahwinan yang ditempah juga oleh Mieza dari Wangsa Maju bertemakan purple. Terimakasih Mieza dan selamat pengantin baru.


MINI MUFFIN SEBAGAI DOORGIFT


Mini muffin ditempah oleh Mieza dari Wangsa Maju dimajlis perkahwinannya. Meiza ni dah lama menempah dengan Yatiecooking. Tak sabar dia menunggu ... heheheeh

Monday, June 15, 2009

CUPCAKE HANTARAN

Cupcake hantaran yang ditempah oleh Anne juga dari Puchong yang bertemakan turqoise dan pink.



KEK HANTARAN


Kek Hantaran perkahwinan yang bertemakan putih & merah yang ditempah oleh Anne dari Puchong. Terimakasih Anne.


Friday, June 12, 2009

KEK HANTARAN

Kek Hantaran bertemakan cokelat & gold lagi ditempah oleh Mastura.

Hmmm ...... mungkin tahun nie tahun cokelat & gold.

Terima kasih Mastura & suami atas tempahan.



MINI CUPCAKE COKELAT & CHEESE TARTS


Mini cupcake cokelat & cheese tarts yang ditempah oleh Nisa. Thank you Nisa and selamat pengantin baru & thank you as well for the compliments.
Anyway, ada cerita disebalik tarts & mini cupcake sepanjang perjalanan menghantar ke Ampang Point. Tapi biar Nisa ajelah yang tahu ... heheheheh


Thursday, June 11, 2009

KEK HANTARAN

Kek Hantaran bertemakan cokelat & gold ditempah oleh Liza Puji untuk anak sedaranya.


KEK HANTARAN & KEK WALNUT CARROT

2 biji kek walnut carrot (tanpa cheese topping) yang ditempah oleh Ninie dari Bandar Baru Sentul.
Kek butter 1.5kg ini pula ditempah oleh ibu Ninie.

Ninie memilih hiasan yang simple dan bunga-bunga kecil.