MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Friday, May 7, 2010

LEMPENG MANIS/TAWAR

Hmmm .... lempeng .... sedap nie buat minum petang tak pun kalau malas yang teramat sangat nak buat benda-benda lain. Cicah dengan sambal ikan bilis, kuah kari, gula hitam dan bermacam-macam lagi lah yang terfikir oleh minda kita ini.
Senang sangat nak buat lempeng nie tapi Yatie letakkan juga resipi. Manalah tahu ada juga orang yang mencari-cari resipi nak buat lempeng ni.

BAHAN-BAHAN:-
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
gula/ garam sedikit
minyak untuk menggoreng
CARA-CARA:
- tepung gandum & air Yatie blenderkan aje supaya tidak berketul-ketul
- kalu nak rasa manis letak gula skit je jgn banyak, kalu nak yang tawar punya letak garam ala kadar
- pas tu boleh le digoreng, pakai non-stick pan senang.
SELAMAT MENCUBA





No comments: