Ini resipinya ya diambil dari Buku Kek Lapis Sarawak terbitan One Publisher.
BAHAN-BAHAN:
300gm mentega
100gm gula halus
6 biji telur
180gm susu pekat
120gm tepung biasa
1 sudu teh serbuk penaik
300gm hawflakes (agak-agak ye)
CARA MEMBUAT:
1 - Pukul mentega & gula sehingga berkrim, campurkan telur satu demi satu. Pukul selepas setiap tambahan.
2 - Masukkan susu pekat & digaul rata
3 - Ayak tepung & serbuk penaik, gaul sehingga adunan berkrim
4 - Masukkan adunan ke dalam bekas selapis demi selapis di selang seli dgn asam manis. Selalunya selapis adunan memerlukan 5 atau 6 sudu besar bergantung kepada besar acuan digunakan . Lapis satu adunan diletak asam manis dan dikukus sehingga masak dan di sambung dengan lapisan yang seterusnya sehingga adunan habis.
SELAMAT MENCUBA !!!
2 comments:
Assalamualaikum Yatie...
Sedap Nampaknya Kek Lapis Ni...
Sedap ... memang rasanya masam2 manis ... cubalah
Post a Comment