MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Thursday, February 2, 2012

PAU PANDAN

Jom kita cuba pau pandan. Resipi sumbangan dari Chef Zam, tapi yatie copy dari rumah Azlita masam manis.

Pau Pandan
Resipi sumbangan Chef Zam
Copy resipi ini dari : Azlita Masam Manis

Bahan-bahan yang diperlukan untuk pau pandan:

500 gm tepung khas pau atau tepung Hong Kong (Yatie pakai tepung pau)
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil garam halus
1 sudu besar gula
6 gm yis
2 sudu besar lemak sayuran
250 ml air suam1 sudu kecil pandan Emulco - ita tambah
1/2 sudu kecil pewarna hijau - ita tambah
daun pandan - untuk lapik bawah pau

Cara membuatnya:

Campurkan kesemua bahan kering didlm sebuah mangkuk dan masukkan air suam sedikit demi sedikit sambil diuli hingga doh menjadi kenyel serta tidak melekit dijari. (Yatie campak aje dalam mixer dan mixer tu yg uli sehingga tidak melekat).
Bahagikan doh menjadi 2 bahagian dan uli lagi sehingga benar2 licin.
Rehatkan doh di dlm 2 biji mangkuk dan tutupkan dgn tuala basah sehingga doh naik 2 kali ganda dari saiz asal (30 - 1 jam)
Tumbuk2kan doh untuk mengeluarkan gas yg teperangkap dan uli lagi selama 5 minit.
Bahagikan doh menjadi bebola kecil (40 gm) dan isikan dgn inti ditengahnyer. Kalau nak comel2 lagi, kecilkan lagi ya.
Tutup kembali doh dan pastikan intinyer tidak bocor. letakkan sekeping kertas minyak kecil dibawah setiap doh sebagai alas dan rehatkan doh selama 30 minit lagi sebelum dikukus selama 10 minit.

No comments: