MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Wednesday, May 30, 2012

BISKUT OREO BLACK BEAUTY


 Hmmm ... Biskut Raya .. dah raya ke ... belum .... puasa dulu ya ... Biskut Oreo Black Beauty merupakan salah satu koleksi biskut raya Yatiecooking tahun ini.  Sesiapa nak cuba resepi ada tertera seperti di bawah. Ia juga dibuka untuk tempahan untuk raya nanti tau.
Teruja tengok Biskut nie di rumah Azlita Masam Manis .. mencubanya dan hasilnya memang marvellous.


Nak cuba resepi, jom kita tengok resipi.  Terimakasih diucapkan kepada Kak Ita Masam Manis & Citarasawan kerana sudi berkongsi resepi.


BISKUT OREO BLACK BEAUTY
by:
Citarasawan

Resipi di ambi di : Blog Azlita Masam Manis



Bahan A
280 gm mentega
200 gm gula castor

Bahan B
250 gm tepung gandum
50 gm serbuk koko
30 gm tepung jagung
20 gm biskut oreo - dikisar halus buang dulu krim dia
1/2 sudu teh baking powder

Hiasan
Putih telur - saya ikut cara kak Ita
Biskut oreo - dikisar halus buang dulu krim dia
Coklat masakan putih cairkan
Croquant - saya pun ikut cara kak ita, tak letak

Cara2 membuat mengikut Citarasawan:
Pukul bahan A hingga kembang
Semua bahan B satukan, kemudian ayak dan masukkan dalam bahan A dan gaul sebati hingga menjadi doh yang lembut.
Masukkan adunan dalam piping bag dengan nozel bentuk bulat dan memanjang.
Tekan atas tray hingga habis.
Sapukan atasnya dengan putih telur dan taburkan serbuk oreo di atasnya.
Bakar pada suhu 150C selama 25-30 minit
Keluarkan biskut setelah masak. Tunggu biskut sejuk.
Paip kan dengan coklat putih.

Cara2 membuat ikut Kak Ita (saya ikut Kak Ita, mudah): 
Doh yang telah siap gentel bulat2 bentukkan seperti guli angaran berat 6 - 8 gm.
Kemudian golek2kan atas oreo hancur.
Susun dalam paper cup dan bakar.
Selepas tu boleh lah melorek atasnya.

Pesanan dari Kak Ita:

Biskut ni masa masak dia naik cantik & membulat. tapi bila dah keluarkan dari oven dia akan turun..  jangan panik dan ingat tak jadi pulak..

No comments: