MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Wednesday, January 2, 2013

DURIAN CHEESE KEK

Durian cheese kek buat khas untuk hari lahir anakku yang sulong.  Marvellous .... terasa duriannya bukan seperti kebanyakan durian kek yang lebih kepada perisa atau sekadar bau durian sahaja. 
 Resepi ini Yatie cuba dari sebuah buku .... malas nak cari dalam rak buku dah ....

Bagi yang ingin mencuba, Yatie sertakan resepinya:

DURIAN CHEESE KEK

Bahan-bahan dan cara membuatnya adalah seperti berikut:

Untuk base
250g biskut digestive
30g gula kastor
110gm butter

Cairkan butter. Masukkan biskut (dihancurkan) & gula.  Bagi yang tak suka manis boleh digantikan dengan gula perang. Sebatikan dan tekan ke dalam dasar bekas kek & sejukkan didalam peti ais.

Untuk Adunan kek
500gm cream cheese (suhu bilik)
100gm gula kastor
40gm tepung jagung
200ml santan pekat
100ml UHT Whipping cream
3 biji telur dipukul sedikit (memadai dengan sudu)
350gm isi durian

Pukul cream cheese dan gula sehingga berkrim.  Masukkan tepung jagung dan pukul sehingga sebati.  Masukkan santan & whipping cream diikuti dengan telur dan isi durian (saya blend isi durian untuk medapatkan hasil yang lebih cantik).

Tuang adunan kek ke dalam bekas kek yang telah disiapkan bersama basenya. Bakar selama 1 jam.

Untuk topping
60gm susu
40gm UHT cream
1 biji kuning telur
1 biji telur
150gm isi durian
1 sudu besar gula kastor

Untuk toppingnya campur semua bahan dan pukul sehingga sebati.

Selepas kek masak selama 1 jam, keluarkan dari oven & letakkan adunan topping yang telah kita bancuh tadi.  Bakar semula selama 15 minit.  

Sejukkan kek  sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.  Kek perlu disejukkan di dalam peti ais sekurang-kurangnya 6 jam untuk mendapat rasanya yang lebih KOW......

SELAMAT MENCUBA ......

No comments: