MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Saturday, September 1, 2012

APAM AISKRIM CORNETTO

Jom masuk dapur Kak Azlita Masam Manis ... my favorite dapur right now ... tengok apam nie .. lama dah salin resipi tapi belum lagi berkesempatan.  Akhirnya dapat juga.  Jom pi buat .. Resipi di ambil dari dapur Kak Azlita Masam Manis.


APAM ICE CREAM CORNETTO
Dari resepi APAM ICE CREAM
By: Ibu mertua Erna
Dikongsikan oleh : Mama Fami
Saya copy dari Dapur Azlita Masam Manis

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN :

3 cawan tepung gandum ~ diayak
4 biji telur
2 cawan gula kastor 
3/4 cawan air ice cream soda
1 sudu teh perasa rose ~ ita guna perasa yang berlainan untuk setiap warna
Pewarna ~ ita guna pewarna yang berlainan
Kon kertas secukupnya
Coklat masakan gelap secukupnya ~ dihiris halus
Kekacang/ coklat rice / coklat cip atau manik bewarna

- Pukul telur dan gula hingga, putih, kembang gebu dan ringan ~ anggaran 5-7 minit
* tambahkan 1 sudu teh ovalate jika nakkan adunan apam yang lembut  
- Masukkan tepung yang dah di ayak & kaup balik hingga rata.
- Tambahkan air aiskrim soda dan gaul rata.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dalam mangkuk berasingan
- Letakkan pewarna dan perasa yang anda suka.
- gaul hingga adunan, pewarna dan perasa bergaul sebati

Jika ingin tahu cara2 untuk membuat kelongsong Apam Ais Krim ni kena singgah rumah Azlita Masam Manis.  Kak Ita dah kongsi cara2 nak buat kelongsong & cara2 mengukus apam nie ... anyway, memang Yatie belajar buat dari kak Ita pun.  Thank you Kak Ita for sharing all the knowledge & tips.... menjadi pulak tu in my first try.



No comments: