MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Saturday, September 29, 2012

NASI LEMAK KAMPUNG


Hmmmm ... selalunya makan nasi lemak nie beli aje .. almalumlah try nak control makan yang berlemak .. konon ... heheheh .... akhirnya terpanggil juga nak buat nasi lemak.  

WOW! Dah lama tak masak nasi lemak .... singgah dapur http://fromintankitchen.blogspot.com/  jumpa resepi nasi lemak kampung ... jom buat.  Terimakasih Kak Ita for sharing the recipe.


NASI LEMAK KAMPUNG
Resepi : http://fromintankitchen.blogspot.com/

Bahan-bahan yang diperlukan:
3 cawan beras basmathi cuci beras & rendam sekejap (kemudian toskan airnya)
2 cawan santan
3 cawan air
sedikit minyak untuk menumis
2 helai daun pandan ~ disiat & dan disimpul
1 batang serai ~ dititik
2 sudu teh halba
1 sudu teh garam
2 inc halia ~ dihiris kasar atau dititik
3 ulas bawang merah ~ dihiris

Cara-cara membuatnya:
1) Panaskan minyak dalam periuk
2) Tumiskan bawang, serai, halia, daun pandan dan halba hingga wangi
3) Masukkan air dan santan
4) Masak hingga mendidih
5) Tambahkan garam dan kacau rata.
6) Masukkan beras dalam periuk nasi & tuangkan santan yang telah di masak
7) Tanak nasi sehingga masak

Tips dari Kak Ita:
"Bila dah masak kacau nasi dengan menggunakan chopstik supaya beras tak patah"

Selamat mencuba.  Nasi lemak bolehlah dihidangkan dengan sambal, ikan bilis, telur & berbagai lauk pilihan anda.



No comments: