Tempahan kek harijadi dari pelangganku di Bandar Tasik Puteri.
MESSAGE FROM YATIECOOKING
PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!
Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com
Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.
Terimakasih.
Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com
Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.
Terimakasih.
Monday, December 31, 2012
Sunday, December 30, 2012
Saturday, December 29, 2012
Friday, December 28, 2012
BISKUT DAISY PETALS
Biskut Daisy Petals ... sedia menerima tempahan sepanjang masa ... tidak perlu tunggu raya ya. RM15/50pcs.
Thursday, December 27, 2012
Wednesday, December 26, 2012
IKAN BAKAR LEMAK PANDAN
Sudah lama Yatiecooking mencuba resepi ini tetapi cuma lama pulak nak upload resepi dan gambar di blog. Ini semua angkara masalah teknika yang Yatie sendiri kurang pasti macam mana nak selesaikan. Tekan sana tekan sini akhirnya dah berjaya juga.
Yatie buat masakan ini masa kawan-kawan Yatie datang ke rumah. Biasanya bakar-bakar kosong aje ikan ini. Tapi sedap bila mencuba resepi dari blog Kak Azlita Masam Manis ni. Sungguh lemak rasa ikannya. Tidak rugi juga peminat-peminat resepi mencuba resepi ini.
Resepi sumbangan : Kak Azlita Masam Manis
(http://fromintankitchen.blogspot.com/2012/01/ikan-bakar-lemak-pandan.html)
IKAN BAKAR LEMAK PANDAN
Bahan-bahannya:
2 ekor ikan ~ di siang dan di cuci bersih
2 helai daun pandan
Ikan yang telah di bersihkan tadi dililit dengan daun pandan dan sematkan daun pandan dengan lidi
Ketepikan
125 ml pati santan
3 ulas bawang putih ~ dikisar
8 ulas bawang merah ~ dikisar
Garam secukup rasa
Panaskan oven terlebih dahulu
Satukan bahan yang dikisar dengan santan dan garam secukup rasa
Lapiskan loyang pembakar dengan daun pisang
Susun ikan atas daun pisang
Tuangkan kuah santan atas ikan dan ratakan di kedua-dua belah
Bakar ikan dalam oven dengan pintu oven direnggangkan sedikit selama 30 minit atau sehingga ikan masak kuning keemasan
Hidangkan ikan dengan air asam
*** Sebab Yatie masih mempunyai lebihan kuah santan, Yatie masak kuahnya sehingga pekat & sewaktu hendak menghidang, Yatie tuangkan lebihan kuah ke atas ikan.
Terima kasih diucapkan kepada Kak Azlita Masam Manis yang tidak putus-putus menghasilkan resepi yang sungguh menarik dan sudi berkongsi bersama.
SELAMAT MENCUBA ya ....
Tuesday, December 25, 2012
DOORGIFT - MINI MUFFIN
Tempahan doorgift - mini muffin RM0.25/biji. Pelanggan meminta 2 biji dalam satu beg = RM0.50/beg dgn tambahan RM13/100 utk kos plastik & penyelenggaraan.
Mini muffin strawberry & pandan. Lain-lain perisa yang boleh didapati adalah vanilla, vanilla choc rice, cokelat, blueberry, oren & oren choc rice.
Monday, December 24, 2012
VELVET RAINBOW KEK
Tempahan Velvet Rainbow cake dengan cream cheese topping utkmpelangganku di Wangsa Maju.
Kek ini tidak dijual secara kilo.
Harganya RM85/adunan dengan 6 lapisan warna - merah, biru, ungu, kuning, oren & warna asal adunan.
Sunday, December 23, 2012
Saturday, December 22, 2012
TEMPAHAN KEK HANTARAN TUNANG & PAVLOVA
Tempahan kek hantaran tunang bertemakan warna purple ditempah oleh pelanggan di Bdr Country Homes, Rawang.
Pavlova
Friday, December 21, 2012
Thursday, December 20, 2012
Wednesday, December 19, 2012
KOLEKSI TEMPAHAN HARI RAYA 2012
Ha! Apa nie ... Hari Raya ke .. hari raya habis dah ... nak masuk tahun baru pun. hehehehheheh ... ini koleksi tempahan kek hari raya 2012. Last time tak boleh nak upload sebab ada masalah teknikal, alhamdulillah dapat juga menyimpan gambar-gambar ini. Kita layan aje gambar ye.
Subscribe to:
Posts (Atom)