MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Wednesday, December 31, 2008

SELAMAT TAHUN BARU

YATIECOOKING INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU 2009 BUAT SEMUA PELANGGAN YATIECOOKING. TERIMAKASIH YANG TIDAK TERHINGGA ATAS SOKONGAN.

Thursday, December 25, 2008

PERASMIAN BALAI POLIS BANDAR TASIK PUTERI ????

HAHAHAHA ... Tajuk memang gempak. Tapi bukannya apa, saja nak bagi suspen. Cerita sebenarnya kisah anak-anak Blok 27B, Green Valley Park dengan Persatuan Silat Gayong yang mereka sertai.

Pada 14 Disember yang lalu telah diadakan Perasmian Balai Polis di Bandar Tasik Puteri. Banyak acara-acara menarik diadakan dan semuanya berkisar tentang polis, tentang apa yang mereka buat, pasukan-pasukan polis ada dan bermacam-macam lagi.

Yang menariknya disini, sempena acara perasmian, buat pertama kalinya Persatuan Seni Silat Gayong yang baru berusia 2 bulan lebih bertapak di Blok 27B, Green Valley Park telah dijemput untuk membuat 10 minit persembahan. Teruja sungguh anak-anak, ada sampai yang tak tidur malam le sebelum hari persembahan.


Semangat anak-anak membara. Tekun betul mereka menyiapkan diri sebelum persembahan bermula.
Inilah Kak Ina yang rajin dan tekun membimbing anak-anak. Ok dah tu Kak Ina .. bila lagi nak berumahtangga ??? hehehehe ....
Ini dia Persatuan Seni Silat Gayong Blok 27B, Green Valley Park, Bandar Tasik Puteri Rawang bergambar bersama pembimbing. Segak sungguh !!!!!!

Ini pula Persatuan Seni Silat Gayong Blok 27B, Green Valley Park yang dicantumkan dengan Persatuan Seni Silat Gayong Batu Arang dalam menghasilkan satu persembahan yang cukup hebat.


Gagah dah tu dik oiii ....

Bersiap sedia untuk memulakan persembahan

Syabas buat semua yang terlibat. Buat guru-guru silat, terimakasih atas bimbingan untuk anak-anak dan buat ibubapa yang hadir menyaksikan persembahan mereka, atas sokongan padu yang diberikan kepada anak-anak ini. Pastinya mereka merasa amat berbangga dengan persembahan mantap dan lebih bermakna dengan kehadiran ibubapa yang memberi sokongan.

Monday, December 22, 2008

CUPCAKE HANTARAN

Cupcake Hantaran ditempah oleh Zana dari Bandar Tasik Puteri yang bertemakan pink & purple.


Cupcake yang ditempah juga oleh Zana untuk makan-makan sendiri.

Saturday, December 20, 2008

MENU HARI RAYA HAJI

Raya Haji dah lama berlalu tapi Yatie baru sempat download gambar .. hehehe ...
Tak apa le, yang ingin mencuba boleh cuba untuk Hari Raya tahun depan.

Raya Haji tahun nie teruja nak buat Kek Buah Chef Tania. Lihat le hasilnya.

Chef Tania Fruit Cake

Bahan nya

500 gm Mix fruits di gaul dgn 2 sm tepong sampai rata

Bahan A

250 gm Butter jika hendak basah sedikit blih tambah 2sm cornoil
150gm gula castor
1 sm Ovalett
1 st Orange essence
1 st Vanilla essence
5 biji Telor Besar
Satukan semua bahan bahan ini kecuali telor, pukul sampai kembang dan baru masukan telor sa biji, sabiji
dan pukul lagi sampai sabati....

Bahan B

230 gm Top flour (tak ada Top Flour, saya pakai tepng gandum aje... heheheh)
2 sm Baking Powder
1 sm Bicarbonate Soda
ayak sabanyak 3 kali untk hasil kek yg cantik...... ....

cara nya

1. Masukan adonan B ka A di aduk rata, dan akhir sekali masukan Mix fruits dan di kacau rata lagi.
2. Panaskan oven dgn suhu 160, dan siapkan loyang bulan 9 x 9 x 3 alas dgn kertas dan sapu keliling dgn butter dan masukan adonan tadi....
3. Bakar salama 1 jam 1/2 dgn suhu pelahan 160 saja supaya buah nya tak hangus...... ..


Terlebih rajin tahun ni, teruja nak buat sate goreng. Kumpulkan anak-anak, gotong-royong buat sate goreng. Thank you to all my children.
Resipi Yatie dapat dari Kak Baya dari RNET. Katanya memang pakar buat membuat sate nie. Yatie cuba cuma Yatie modify instead of bakar Yatie goreng. Hasilnya ... marvellous. Yatie buat sate goreng daging & ayam.

SATE
Sumber: Baya

Bahan A:
4 whole chic breast dan 4-5 keping chic thigh with skin atau 16-20 keping chic thigh - Baya selalu guna nie, lebih sedap
Lidi sate

Bahan B:
1 1/2 sudu besar jintan manis
1 1/2 sudu besar jintan putih
1 sudu besar ketumbar - optional, Baya kadang letak, kadang tidak
3 biji bawang besar
5-6 ulas bawang putih
5-6 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup

Bahan C:
1 1/2 senduk gula pasir - Baya guna senduk kuah
1 1/2 senduk gula merah
1 1/2 sudu teh garam
1 sudu teh kunyit serbuk

Cara menyediakannya:
1. Kisar bahan B dan campurkan bahan C. Ketepikan.
2. Potong kecil-kecil ayam kemudian marinate dengan bahan B dan C semalaman dalam peti sejuk.
3. Esoknya, buat 1-2 cucuk sate, bakar atas dapur biasa. Rasa dan tambah apa yang kurang. Biasanya kena tambah gula (sate biar rasa manis sikit) atau jintan manis dan jintan putih. Lepas tambah, gaul rata dan boleh dibakar.
4. Sebelum cucuk sate, rendamkan lidinya (untuk elak lidi cepat terbakar; tak payah lama dalam 2-3 jam dah memadai).
5. Cara cucuk sate - cucuk isi, lepas tu kat tengah atau hujung cucukkan kulit ayam. Nanti bila makan rasa macam berlemak.
Nama pun Hari Raya, kena lah juga ada Nasi Impit kan. Eh ... eh .. kuah sate nya aje tak ada dlm gambar. Tapi resipinya ada.
Resipi kuah sate ini Yatie tak pasti sumbangan siapa, dah tercicir nama penyumbangnya. Kalau penyumbang resipi terbaca, halalkan ye.

KUAH KACANG

Bahan:
2.5 kg kacang tanah, goreng tanpa minyak dan kisar
300 gm udang kering, rendam dan kisar halus
1 kg gula
10 batang serai, dititik
5-7 senduk cili kisar - ikut pedas
20-30 ulas bawang merah, dihiris
15-20 ulas bawang putih, dihiris
Garam secukup rasa

Cara menyediakannya:
1. Panaskan minyak, ,umis bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
2. Masukkan cili dan udang kering, tumis hingga cili garing.
3. Masukkan kacang dan gaul hingga kacang sebati dengan cili.
4. Masukkan air (air kena banyak supaya kacang cukup kembang dan tak keras) dan serai.
5. Apabila kacang cukup kembang, masukkan gula dan garam secukup rasa.
6. Masak hingga pekat.

Wednesday, December 17, 2008

CHOC MARBLE CHEESE KEK

Chocolate Marble Cheese Kek tempahan ulangan oleh Kak Lena dari Blok 1B, Bandar Tasik Puteri. Terimakasih atas tempahang & juga sokongan.

WALNUT CARROT KEK WITH CHEESE TOPPING

Walnut Carrot Kek with Cheese Topping tempahan ulangan dari Puan Tini dari Selayang. Terimakasih atas sokongan.

Tuesday, December 16, 2008

COKELAT KEK & CHOC MARBLE CHEESE KEK

Trivia kek-kek yang berasaskan cokelat - kek cokelat & cokelat marble cheese kek.
Thank you to Norli dari Menara Tan & Tan, Jalan Tun Razak yang menempah kek cokelat untuk harijadi suaminya.


Kek Cokelat dari Zaiton dari Kota Damansara.


Chocolate Marble Cheese Cake yang ditempah oleh Munir dari Universiti Petronas.

Monday, December 15, 2008

MUFFIN BERBAGAI PERISA

Muffin berbagai perisa - pandan, blueberry, strawberry, cokelat & orange chocolate rice yang ditempah oleh Kak Mona dari Affin Bank.
Thanks Kak for your support.

Sunday, December 14, 2008

KEK HANTARAN PERTUNANGAN


Kek Hantaran Pertunangan ditempah oleh rakan sekerja Ninie di UBN Tower.


Bertemakan blue turquiose, bunga ros tu Yatie tempah dari rakan RNET - kak Min. Thanks Kak Min for the beautiful flowers.
How to make blue turquiose? Don't ask me. I'm not the expertise.



PANDAN MARBLE

Ulangan tempahan Pandan Marble dari rakan sekerja Ninie di UBN Tower. Terimakasih atas sokongan.

Saturday, December 13, 2008

Friday, December 12, 2008

MUSHROOM CHEESE PUFF

Wanna try Mushroom Cheese Puff my way .... hahahaha .... of course the easiest & shortcut way because I am so lazy.

Kali ini boleh cuba Mushroom Chese Puff, style Yatie.... ini cara orang malas le sikit. Tapi sungguh mudah untuk disediakan. Amat sesuai untuk vegetarian, penggemar cendawan butang & penggemar cheese.
Untuk Puff:
Yatie beli dah siap puff pastry kawanku. Defrostkan dan diuli semula dan dibentuk ke dalam acuan-acuan pai yang kecil. Bubuh inti mushroom cheese. Bahagian atas ditutup dengan puff pastry & dibakar sehingga masak. Kalau oven saya, suhu 200C api atas bawah selama 25 minit atau sehingga puff naik dan berwarna kekuning-kuningan.
Untuk Inti:
1 biji bawang merah yang dipotong dadu
3 sudu besar butter
1 tin cendawang butang (yatie beli yg dlm tin aje, kes malas)
sedikit daun kering basil
½ st garam
Serbuk lada hitam/lada sulah (mana-mana boleh cuma rasa yang berbeza)
100gm cream cheese
50gm parmesan cheese (tak ada pun tak pe, tapi kalu ada pghhhhh ... meleleh)
sedikit sayur brokoli (tak letak pun tak apa)

Cara
1. Cairkan butter
2. Masak bawang sehingga layu
3. Masukkan cendawan, brokoli & daun basil
4. Masukkan perasa, lada sulah/lada hitam
5. Setelah masak, campurkan cream cheese & parmesan cheese sehingga ia cair

Thursday, December 11, 2008

TEMPAHAN 'MEETING BREAK' - HARI KE-2

Tempahan untuk Meeting Break pada hari ke-2.
Sebelah Pagi - Pau Goreng Sambal, Blueberrry Cheese Tart & Pandan Marble
Sebelah Petang - Kek Pisang & Beef Quiche


Wednesday, December 10, 2008

TEMPAHAN UNTUK 'MEETING BREAK'

Tempahan for Meeting Break dari Kak Azizah di Menara Tan & Tan, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Sebelah pagi dihidangkan dengan Egg Sandwich, Fruit Tarts & Kek Pelangi. Manakala sebelah petangnya dihidangkan dengan Karipap Sardin & Biskut Blueberry.


Tuesday, December 9, 2008

BISKUT RAYA TAHUN BARU CHINA

Tempahan adalah dibuka untuk biskut raya Tahun Baru China. Boleh hubungi Yatie di 012-3243373 untuk sebarang tempahan atau pertanyaan.

Pandan Semperit - 50 pcs @ RM25




Chocolate Rice Bar - 50 pcs @ RM25




Cokelat Semperit - 50 pcs @ RM25



Pineapple Tart - 50 pcs @ RM30



Blueberry Tart - 50 pcs @ RM30



Strawberry Tart - 50 pcs @ RM30