Jom kita buat light cheese kek pulak. Kali nie ia tak menggunakan slice cheese kek tapi menggunakan cream cheese. Cara lebih kurang sama. Rasa sedap & lembut.
Kepada penyumbang resipi terimakasih. Dah salin kat buku tertinggal pulak nama penyumbang resipinya. Anyway thank you for sharing the resipi.
Bahan-bahan yang diperlukan:
125gm cream cheese
300ml susu segar
80gm butter/majerin (yatie guna butter)
80gm tepung gandum-ayak
80gm gula halus
3 biji telur saiz A -asingkan putih n kuning telur
beberapa titik esen vanilla/jus lemon
Cara membuatnya:
- Masukkan susu segar dalam periuk. masukkan cream cheese n masak sambil dikacau hingga cair.
-Masukkan juga butter dan kacau hingga cair. Padam api dan ketepikan.
- Dibekas lain, pukul putih telur hingga menjadi meringue (tidak tumpah bila diterbalikkan). Ketepikan.
- Pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese, kacau seketika.
- Masukkan tepung sedikit-sedikit & sebatikan. Pastikan adunan tidak berketul2, kacau perlahan dgn hand whisk.
- Akhir sekali, masukkan campuran meringue n esen vanilla/jus lemon. Kaup balik aje hingga rata.
-Masukkan kedalam loyang bergris n beralas n bakar dalam oven yg dipanaskan dahulu pada suhu 160'c selama 45min menggunakan kaedah 'bain marie' iaitu loyang kek diletakkan dalam loyang berisi air panas.
Dah masak tu boleh le makan ya ....
No comments:
Post a Comment