MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Tuesday, May 26, 2009

AWARD FROM YAYAGALORE

Thank you yaya galore for this award ... isk ..isk ... mcm nak nangis ... terharu & teruja
Suspen pun ada almaklum le bukannya teman reti link sana sini pun. Anyway, thank you for the award & teman try le cut & paste here & there. First time buat you.

RULES:

1. put this badge on your awesome blog.
2. award this badge to 5 bloggers whom you think are inspirational and friendly.
3. make sure you put the 'recepients' name here, along with their links.
4. let them know about this.
So simple. No Q&A. Nothing.

Just the names of the 'recipients'.
1. http://www.wanjahdelicacies.blogspot.com/
2. http://merpati66.fotopages.com/
3. http://yummylicious-jun.blogspot.com/
4. http://mamafami.blogspot.com/
5. http://ogylovely-cupcakes.blogspot.com/

Sunday, May 24, 2009

PUDING CINCAU BERSANTAN

Puding cincau bersantan Yatie buat untuk makan petang. Almaklum sekarang musim panas. Jadi puding ini amat sesuai untuk menyejukkan tekak. Kepada sesiapa yang nak cuba, I recommend ... memang sedap .... but this puding is NOT FOR SALE ... saja suka-suka buat.
Resepi diambil dari Majalah Rasa Februari 2009 oleh Chef Puan Siti Zabedah. Resepi asal adalah seperti dibawah tapi telah Yatie ubah suai mengikut keadaan semasa dan stok yang ada dekat rumah.

PUDING CINCAU BERSANTAN
BAHAN-BAHAN:
1 peket agar-agar (Yatie guna agar-agar serbuk)
250ml santan pekat
750ml air (Yatie guna sukatan untuk masak agar-agar serbuk)
250ml air gula merah (Yatie agak-agak juga mengikut sukatan agar-agar serbuk)
90ml gula pasir
300gm cincau - cincang halus (Yatie gunakan 2 paket cincau)
CARA MEMBUATNYA:
1. Masak agar-agar + air sehingga hancur
(Yatie masak agar-agar serbuk + air sehingga mendidih)
2. Kemudian masukkan air gula merah + gula pasir
3. Masukkan santan pekat dan biarkan mendidih
4. Akhir sekali masukkan cincau
5. Tuang dalam acuan dan biarkan sejuk

Friday, May 22, 2009

SAMBUTAN HARI IBU

Lorong 3/13 menyambut Hari Ibu pada tahun 2009 dengan penuh kemeriahan. Dana dikumpul bagi menghasilkan satu pesta yang amat meriah. Makan malam ditempah dari En Wan Zura. Menunya adalah nasi ayam. Terimakasih En Wan Zura, mana yang kurang & lebih minta halalkan.
Tidak ketinggalan juga deretan kuih-muih yang dihidangkan malam itu.


Tema Hari Ibu lorong 3/13 adalah putih & hitam. Semua ibu-ibu dan tak kurang juga anak-anak, suami serta jemputan yang turut hadir semuanya berpakaian hitam & putih. Lihat lah gaya seorang ibu ini... .. sungguh sporting.
Berbagai acara telah disusun bermula dengan cabutan pertukaran hadiah, acara meneka berat gula, acara 'sweet & sporting mum', acara ibu & anak seiras, acara 'music chair' untuk ibu & bapa dan akhir sekali acara memanggil hujan ... hehehhe ... 'karaoke' le tu .. isk.

Hadiah untuk acara 'sweet & sporting mum'.

Ha! Ini le gula untuk diteka beratnya termasuk dengan bekas.

Meja khas - meja pengacara.

Takut tu ... para juri semuanya serius.


Semua para ibu lorong 3/13 sebelum memotong kek



Anak-anak sibuk tengah makan.

Setelah selesai makan, acara dimulakan dengan mencabut nombor bertuah untuk pertukatan hadiah para ibu. Lihat le aksi-aksi ibu gembira dengan hadiah masing-masing.




Ini acara apa pulak? Macam karaoke pun ada ... ewah ... syoknya ... menari ke tu?
Sebenarnya ini acara 'tie breaker'. Eddy mewakili isterinya Ina dan Kak Om mewakili anaknya Raja yang telah berjaya meneka berat gula tersebut. Jadi untuk menentukan pemenangnya, terpaksa diadakan soalan tambahan ... heheeh ... dan pemenangnya adalah ....
EDDY ! Kira ina le yang menang tu. TAHNIAH diucapkan. Hadiah disampaikan oleh ketua lorong 3/13.

Ha! Yang ini apa pulak dua orang ibu ini ... ini acara 'sweet & sporting mum'. Anyway, tahniah kepada semua ibu-ibu lorong 3/13 kerana being so supportive & sweet that night.
Ini pemenang pertama 'sweet & sporting mum'. Yatiecooking pun menang gak tapi gambar tak dak pasal Yatie tukang ambil gambar.... isk...isk

Ini pula pemenang anak & ibu seiras. macam confuse ... siapa yang menang nie ... heheheheh
Ini acara musical chair untuk para bapa.
Ini yang Yatiecooking dapat pada malam Hari Ibu. Thanks kepada penyumbang hadiah.

Wednesday, May 20, 2009

KEK HARI IBU

Satu lagi kek Hari Ibu - kisah lambat posting le ... nasib baik tak sampai ke Hari Bapa .... hehehe. Apa-apapun enjoy the cake & cara-cara macam mana Yatiecooking menghias kek tersebut. Tidak berapa 'detail' sangat sebab asyik terlupa nak snap gambar. Temanya - pemandangan tingkap rumah. Rumah siapa ni, tak tahu le plak ... heheheheh
Kek ditaja oleh Liza Puji - kek cokelat marble untuk lorong 3/13 menyambut Hari Ibu.
Kita mulakan dengan membancuh icing. Kalau tengok dalam internet atau buku kek, macam-macam cara dan macam-macam jenis nak buat icing ni. Cuma yang berbezanya adalah bergantung kepada tekak masing-masing.
Yatie menggunakan bancuhan krimwell, shortening & gula icing. Untuk resepi penuh, sila lihat koleksi resipi Yatiecooking.

Bancuhan icing dah siap, boleh le kita meratakannya di atas kek ye.

Untuk pilihan warna yang berbeza, kita bancuh dengan warna pilihan hati. Kalau nak warna cokelat, kena le pakai warna cokelat. Kalau nak warna hijau, letak pewarna biru ... alamak .. susah tu.... heheheheh

Selepas habis meratakan icing ke atas seluruh kek, Yatiecooking memulakan dengan membuat papan bawah tingkap rumah.

Selepas menyiapkan papan tingkap, Yatiecooking membuat langsirnya pulak.


Setelang langsir rumah siap, akhir sekali ditokok tambah dengan bunga-bunga di tepi tingkap.

Jangan lupa pulak nak tulis Happy Mother's day ke atau apa-apa 'occassions' yang diraikan.


Tuesday, May 19, 2009

MINI CUPCAKE COKELAT

ATTENTION !!!!!
YATIECOOKING ADA KEK COKELAT OR MINI CUPCAKE OR CUPCAKE COKELAT AVAILABLE FOR SALE THIS SUNDAY, 24TH MAY 2009. SESIAPA BERMINAT UNTUK MEMILIKINYA, SILA SMS YATIE DI 012-3243373.
Mini cupcake cokelat yang Yatie buat untuk Mother's Day Celebration .. heheheh .. terlambat posting.


Layan aje le gambar-gambar yang ada. Kalau teruja boleh le tempah sebab this weekend ada extra cokelat kek FOR SALE !!!!!


Monday, May 18, 2009

KEK COKELAT

ATTENTION !!!!!
YATIECOOKING ADA KEK COKELAT OR MINI CUPCAKE OR CUPCAKE COKELAT AVAILABLE FOR SALE THIS SUNDAY, 24TH MAY 2009. SESIAPA BERMINAT UNTUK MEMILIKINYA, SILA SMS YATIE DI 012-3243373.
Anyway, kek cokelat ini ditempah oleh Ija dari Bandar Tasik Puteri. Tempah untuk makan anak-anak sebab teruja katanya bila tengok post kek cokelat minggu lepas, kek cokelat & strawberry.


Sunday, May 17, 2009

KEK HARI GURU

Kek untuk Hari Guru ini ditempah oleh En Wan & Puan Zura, pemaju kantin sekolah di Bandar Tasik Puteri sempena makan-makan hari guru yang diadakan di sekolah.


Kek didalamnya adalah kek pelangi yang dimasak oleh Liza Puji, jiran saya juga. Seperti biasa, Yatie tolong simenkan aje.
Kek yang berwarna hijau tu untuk sekolah agama.
Kek yang berwarna biru tu plak untuk sekolah rendah.
Anyway, terima kasih En Wan & Puan Zura.