MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Sunday, June 15, 2008

COKLAT CLAIR


Resipi adalah diambil dari majalah RASA.

BAHAN-BAHAN:
125gm susu segar
100gm tepung kek
125gm air
100gm mentega
3 biji telur
300gm coklat masakan utk hiasan

BAHAN KASTAD:
500ml susu segar
100gm gula
60gm serbuk kastad
2 biji kuning telur

CARA MEMASAK:
1. Jerang air, susu & mentega. Biar mendidih.
2. Tuang tepung ke dlm bancuhan yg sedang mendidih & kacau tepung sehingga tidak berketul. Tutup api, ketepikan dian biarkan sejuk lebih kurang 10/15 minit.
3. Kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit & kacau hingga sebati. Kena pandai agak-agak, kalu didapati adunan dah lembik tak payah masukkan telur lagi. Tapi kalu adunan masih keras masukkan lagi telur sehingga mendapat kepekatan yang tidak lembut & keras sangat.
4. Masukkan dalam beg piping & bentukkan dlm loyang. Dibakar selama 30/40 minit mengikut kesesuaian oven masing-masing.
5. UNTUK MEMBUAT KASTAD, mendidihkan 300ml susu & gula.
6. Baki susu pula dikacau dengan kuning telur & serbuk kastad & dimasukkan ke adunan susu yg mendidih. Dikacau sehingga pekat.
7. Setelah sejuk dipaipak ke dlm 'clair serta dihias dengan coklat cair.

SELAMAT MENCUBA !!!!!

No comments: