MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Showing posts with label Roti/Pizza. Show all posts
Showing posts with label Roti/Pizza. Show all posts

Saturday, March 10, 2012

TEMPAHAN UNTUK BIRTHDAY PARTY DARI YANA

Yana pick-up di Ampang point menempah kek spongebob untuk anaknya.
Kek yang digunakan adalah rainbow velvet kek.

Yana juga menempah mini cream puff,
Mini Donut,

kek cokelat moist


mini roti sosej

Wednesday, January 25, 2012

ROTI BENGALI

Jom-jom kita singgah kat rumah Kak Azlita Masam Manis .... banyak betul masakannya ... gambarnya pun membuatkan kita teruja untuk membuatnya sendiri. Salah satu masakan yang dah terpaut adalah ROTI BENGALI. Kebetulan ada rendang ayam tua ... hmmm ... sedap tu buat cicah dengan roti bengali nie.


Resipi ini diambil dirumah Kak Azlita Masam Manis ya. Credit for her for sharing the recipe with us. Thank you Kak Azlita Masam Manis.


ROTI BENGALI
by:
Sofinar
Sumber : Mas Duniaku

Bahan A


350g tepung roti
1 sudu besar shortening

secubit garam

Bahan B
120 - 160 ml air suam - Mas letak 120 ml - ita letak 160 ml (saya guna 160ml)
1 sudu makan yis serbuk
2 sudu makan gula castor

Cara membuatnya :


- Bahan B digaul bersama
- Semua Bahan A digaul sebentar
- Campur bahan A dan B, uli hingga licin dan lembut.
- Perap hingga naik 2 kali ganda. kira- kira 30 - 40 minit
- Kemudian tumbuk2 untuk keluarkan angin,
- Bulat-bulatkan bergantung berapa besar roti yang diinginkan
- Perap lagi hingga naik 2x ganda semula.
- Bakar 180 c selama 20 - 30 minit
****Air tu cuba sikit dulu takut terlembik adunan.

SELAMAT MENCUBA !!!!!!!!1

Tuesday, June 9, 2009

ROTI SOSEJ

Roti Sosej juga ditempah oleh anak sedara, Sha Sha.
Bagi yang nak cuba buat, Yatie sertakan resipinya ok.

Penyumbang resipi Yatie tak ingat le ... sebab nak cepat salin sampai terlupa nama penyumbang resipi. Tapi Yatie rasa macam ambil di Mamafami atau Mamazieza .... Anyway, maaf kepada penyumbang resipi jika namanya tak tertera di sini.

ROTI SOSEJ

BAHAN2:
190ml air
400gm tepung roti
5 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur ayam
2 sudu kecil yis
60gm butter
Sosej yang mencukupi (direbus terlebih dahulu)

CARA2:
1. Tepung, susu tepung, garam & telur dikacau sebati (BAHAN A)
2. Bancuh gula dengan yeast dalam air suam (BAHAN B)
3. Masukkan B dalam A gaul sebati dan masukkan butter, uli sehingga lembut
4. Biarkan 45 minit - 1 jam atau sehingga roti naik 2 kali ganda
5. Uli doh mengikut bentuk yang dikehendaki, biarkan selama 10 - 15 minit sebelum dimasak
6. Untuk menampakkan roti berkilat diatas, boleh le disapu adunan susu segar & telur kuning diatasnya.
7. Dibakar dengan suhu yang tinggi 200C selama 10 minit dan kemudian diturunkan suhu kepada 180C selama 10 - 15 minit. Ini semua bergantung kepada kesesuaian oven masing-masing ye jadi kena pandai agak-agak juga. Kalau rasa dah masak boleh le diangkat.

TIPS UNTUK MEMBUAT ROTI:
Nak diikutkan senang juga nak buat roti cuma yang lecehnya adalah proses menguli, mengembang & memasak. Disini Yatie sertakan beberapa tips untuk membuat roti mengikut pengalaman sendiri le ye. Pengalaman selalu asyik tak jadi ... heheheheeh

MENGULI:
1. Mesti diULI. Kalau tak ULI tak jadi beb. Boleh pakai tangan atau mesin. Kalau pakai tangan, berpeluh tu, mengambil masa dalam 15 - 20 minit. Kalau pakai mesin 10 -15 minit. Kalau pakai breadmaker, lagi senang mengikut masa yang telah ditetapkan aje.
2. Lagi lama diuli, lagi cantik doh ye .. almaklumle ... nak cepat siap

MENGEMBANG:
1. Selepas doh diuli, kita kena biarkan dalam 45 minit hingga 1 jam untuk doh mengembang. Itu yang orang selalu sebut biarkan doh naik sehingga 2 kali ganda.
2. Untuk proses ini, Yatie selalunya akan biarkan doh di mangkuk & ditutup dengan kain lembab.
3. Jangan sampai doh terlampau naik ye sebab dia akan turun bila dibakar. Sebab itu kena tengok yang mana dulu, 45 minit hingga 1 jam atau doh naik 2 kali ganda.

MEMECAHKAN DOH:
1. Doh yang naik tadi hendaklah ditumbuk-tumbuk bagi membuang karbon dioksida didalamnya & mengembalikna yis kepada kedudukan asal.
2. Selepas itu barulah boleh diuli mengikut bentuk2 kecil yang dikehendaki.

MENGEMBANG KALI KE-2:
1. Selepas doh diuli mengikut saiz, biar kan ia seketika. Ini kena ikut resipi tersendiri le ye. Ada yang memerlukan sesingkat 15 minit & ada juga memerlukan 30 minit untuk dibiartkan sebelum dibakar.

MEMBAKAR:
1. Roti perlu dibakar menggunakan suhu yang tinggi mengikut resipi masing-masing

ROTI YANG CANTIK:
1. Untuk mendapat kulit roti yang lembut - Selepas roti dibakar & sebaik shj dikeluarkan dari oven, roti disapukan dengan mentega cair atau campuran susu segar & telur
2. Untuk kulit roti yang rangup - Sapukan roti dengan aor yang dicampurkan dgn sedikit garam sebelum dibakar
3. Untuk kulit roti yang berkilat - Sapukan roti dengan susu segar yang dicampur dengan telur & gula halus

SELAMAT MENCUBA BUAT SEMUA!!!!

Friday, September 26, 2008

MINI PIZZA

Hmmmm .... bulan puasa nie banyak le cerita pasal biskut raya ye. Kali ni Yatie tukar topik ke juadah berbuka puasa. Mini Pizza nie Yatie dapat resipinya dari "100 Resipi Masakan Kuih-Muih Malaysia". Siapa owner resipi tidak le Yatie ketahuan. Almaklumlah dapat dari email. yatie dapat kompilasi resipi ini dari suami..... hmmmmm. Ada 100 resipi, tapi yang sempat buat cuma 1 ....hahahahahaha.
Yatie suka untuk kongsi bersama resipi ini.
PIZZA MINI
UNTUK MEMBUAT DOH:
500gm tepung gandum
11gm yis segera (selalunya yis satu peket memang 11 gm)
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam
1 sudu mkn marjerin ( tak dak marjerin kat rumah, Yatie guna butter)
1 cawan air suam (mesti suam fungsinya untuk mengaktifkan yis)
1/2 cawan minyak
CARA-CARA:
Gaul rata semua bahan untuk doh sehingga lembut. Bagi sesiapa yang ada mesin pembuat roti senang. Masukkan semua & putar. Bagi yang tak ada tu, uli jangan tak uli. Sekurang-kurangnya 30 minit.
Ketepikan adunan & pastikan ditutup dengan kain lembab. Biarkan sehingga adunan naik 2x ganda.
Setelah adunan naik, tumbuk-tumbukkan adunan supaya keluar angin. Rasa-rasa kalau ada geram atau marah kat sesiapa, inilah masanya. Bahagikan adunan kepada ketulan-ketulan. Ini kena ikut saiz yang diingini. Bulat-bulatkan ia dan canai menjadi leper seperti terdapat dlam gambar paling atas. Biarkan doh selama 10 minit barulah dibakar dalam oven 190C (kalau oven saya) selama 10 minit.
Keluarkan dan dibubuh inti-inti mengikut selera masing-masing. disini yatie letak sos, daging hancur, cendawan & cheese.....puhhhhh ..... Masak sekali lagi sehingga cheese cair.

Wednesday, August 6, 2008

CHICKEN QUICHE

Chicken quiche ditempah oleh Liza Zali (jiran depan rumah aje) di Green Valley Park, Rawang. Thank you for your support.

ROTI SOSEJ

Roti Sosej juga ditempah oleh Shikin dari Bandar Baru Bangi.

Tuesday, July 29, 2008

CHICKEN QUICHE/KEK LADAM KUDA


Chicken Quiche & Kek Ladam Kuda ini ditempah oleh Aslina dari Jln Tun Razak, Kuala Lumpur untuk 'meeting break' di syarikatnya.


Saturday, July 26, 2008

CHICKEN/BEEF QUICHE


Chicken & Beef Quiche juga ditempah oleh Ida dari Green Valley Park, Rawang.

Tuesday, July 15, 2008

SARDINE PUFF/ROTI SOSEJ

Sardine Puff & Roti Sosej yang juga ditempah oleh Ina dari Green Valley Park, Rawang untuk majlis harijadi anaknya.