MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Monday, January 30, 2012

SLICE CHEESE KEK

Singgah lagi kat rumah K Nor secubit garam, jumpa resipi nie ... kebetulan memang nak habiskan stok slice cheese nie ... Tengok le hasilnya. Terimakasih berbanyak kepada penyumbang resipi. Jom .. jom .. kita cuba buat.

SLICE CHEESE CAKE
sumber : Ros(Onigiri)@MyResipi
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila

Cara:potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar, kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. Kacau sentiasa.

Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul.
Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan beberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas.
Masukkan adunan kek di dalam acuan .
Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.

Kes malas nak taip semula, resipi ini di copy paste aje dari rumah K Nor @ secubit garam.

No comments: