MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Sunday, January 27, 2008

GULAI KIKIL

Last Friday, a friend bawa belanja makan di Restoran Nasi Padang di Kg Baru. Masakannya enak sekali & yg paling menarik perhatian saya & kawan-kawan adalah 'Gulai Kikil'.

Bahan-bahan utk membuat 'Gulai Kikil':
600gm kikil (bahagian tunjang)
1 biji kelapa (ambil santan)
10 biji cili merah
5 biji cili api
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4 cm halia
4 cm lengkuas
3 cm kunyit hidup
4 helai daun salam
2 batang serai - dititik
2 helai daun kunyit
2 helai daun limau purut - dihiris halus
sedikit kayu manis
garam secukup rasa

Cara membuatnya:
1. Kisar bawang merah, bawang putih, cili merah, cili padi, kunyit hidup, lengkuas & halia. Tumiskan selama 5 - 8 minit.
2. Kemudian masukkan kayu manis, serai, garam secukup rasa. Kacau sehingga naik aroma.
3. Masukkan santan, kemudian dikacau lebih kurang 10 minit.
4. Setelah santan mendidih, masukkan kikil & kacau lagi.
5. Kemudian masukkan daun kunyit, daun salam & hirisan daun limau purut. Kacau sehingga kikil empuk & boleh lah dihidang.

No comments: