MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Showing posts with label Biskut Raya. Show all posts
Showing posts with label Biskut Raya. Show all posts

Sunday, February 10, 2013

TEMPAHAN DOORGIFT PERKAHWINAN BISKUT DAISY PETALS

Masih mencari-cari doorgift perkahwinan anda yang murah ... apa kata cubalah ini. Doorgift biskut daisy petals ... Bajet menggunakan marjerin RM1.80/pc & menggunakan butter RM2.20/pc masih dalam harga promosi. Harga asal adalah RM2.50/pc

Harga sudah termasuk riben & packing.  
 Ini adalah tempahan Aliani dari Ijok yang menempah doorgift dihari pertunangannya.

Friday, February 8, 2013

DOORGIFT BISKUT DAISY PETALS


Tempahan biskut daisy petals sebagai doorgift .. tapi nak ganti dgn biskut lain ok aje.

Tempahan dari Sheila untuk doorgift di hari pertunangannya.  Temanya purple. 


Thursday, January 31, 2013

DOORGIFT BISKUT DAISY PETALS

Biskut-biskut daisy petals yang telah disiap dibakar, tunggu giliran nak packing aje. 
Doorgift biskut daisy petals tempahan untuk dijadikan buah tangan di hari perkahwinan. Harga RM2.50/balang.  Hrga boleh dirunding untuk tempahan yang banyak.

Tempahan dari pelanggan ini yang bertemakan merah & gold.

Monday, January 14, 2013

Friday, December 28, 2012

BISKUT DAISY PETALS

Biskut Daisy Petals ... sedia menerima tempahan sepanjang masa ... tidak perlu tunggu raya ya. RM15/50pcs.

Friday, November 16, 2012

TEMPAHAN BISKUT DAISY PETALS DIBUKA SEPANJANG TAHUN

Tempahan biskut daisy petals dibuka sepanjang tahun.  Boleh hubungi Yatiecooking via SMS di 012-3243373 atau whatsapp atau viber atau email di yatiecooking4@gmail.com.

1 balang 50biji = RM15.



Monday, October 15, 2012

BISKUT DAISY PETALS

Biskut Daisy Petals yang telah siap ... ada tempahan untuk Hari Raya Haji dan juga available bila-bila masa jika ada tempahan.  OK besok ada yang dah siap untuk penghantaran.

Monday, October 1, 2012

DOOR GIFT - BISKUT DAISY PETALS









Dah nak dekat cuti sekolah nie kan ...  ada majlis kenduri kahwin.  Sibuk menguruskan majlis .... hmm .. apa lagi ya tak cukup dalam list ... 

Masih mencari-cari doorgift untuk majlis perkahwinan.  Yatiecooking ada penyelesaiannya.  Biskut Daisy Petals... pada asalnya bewarna kuning, ya lah sebab Daisy kan warna kuning tapi diubahsuai mengikut kesuaian majlis.  
                                               
Ditempah oleh Dalillya dimajlis perkahwinannya.  
Tema pengantin adalah pink/biru turquoise.  Jadi 500 balang bunga biskutnya berwarna pink serta riben pink + bunga biru turquoise.  Manakala 500 balang lagi  bunga biskutnya berwarna biru serta riben biru + bunga pink.


Ingin menempah sila SMS Yatie di 012-3243373.

Monday, July 9, 2012

BISKUT RAYA 2012 SEDIA MENERIMA TEMPAHAN

Pineapple Tart RM25/50pcs

White Crunchy RM15/50pcs

Biskut Bijan RM18/50pcs

Truffle Cokelat Berkacang RM25/50pcs


Biskut Nestum Berbadam RM18/50pcs


Biskut Chocolate Rice Bar RM18/50pcs

Biskut Badam RM18/50pcs

Biskut Sarang Semut RM18/50pcs

Tat Seroja RM25/50pcs

Red Pearl RM15/50pcs

Biskut Cokelat Sarang Semut RM18/50pcs
Biskut Bunga Cina RM15/50pcs

Biskut Semperit RM15/50pcs
   
Strawberry Tart RM25/50pcs

Blueberry Tart RM25/50pcs
 Biskut Daisy Petals RM15/50pcs

Chocolate Chip RM15/50pcs 

Dark Piping Stick RM18/50pcs 

Semperit Bercokelat RM18/50pcs 

Oren Bubble Rice RM25/50pcs

Wednesday, May 30, 2012

BISKUT OREO BLACK BEAUTY


 Hmmm ... Biskut Raya .. dah raya ke ... belum .... puasa dulu ya ... Biskut Oreo Black Beauty merupakan salah satu koleksi biskut raya Yatiecooking tahun ini.  Sesiapa nak cuba resepi ada tertera seperti di bawah. Ia juga dibuka untuk tempahan untuk raya nanti tau.
Teruja tengok Biskut nie di rumah Azlita Masam Manis .. mencubanya dan hasilnya memang marvellous.


Nak cuba resepi, jom kita tengok resipi.  Terimakasih diucapkan kepada Kak Ita Masam Manis & Citarasawan kerana sudi berkongsi resepi.


BISKUT OREO BLACK BEAUTY
by:
Citarasawan

Resipi di ambi di : Blog Azlita Masam Manis



Bahan A
280 gm mentega
200 gm gula castor

Bahan B
250 gm tepung gandum
50 gm serbuk koko
30 gm tepung jagung
20 gm biskut oreo - dikisar halus buang dulu krim dia
1/2 sudu teh baking powder

Hiasan
Putih telur - saya ikut cara kak Ita
Biskut oreo - dikisar halus buang dulu krim dia
Coklat masakan putih cairkan
Croquant - saya pun ikut cara kak ita, tak letak

Cara2 membuat mengikut Citarasawan:
Pukul bahan A hingga kembang
Semua bahan B satukan, kemudian ayak dan masukkan dalam bahan A dan gaul sebati hingga menjadi doh yang lembut.
Masukkan adunan dalam piping bag dengan nozel bentuk bulat dan memanjang.
Tekan atas tray hingga habis.
Sapukan atasnya dengan putih telur dan taburkan serbuk oreo di atasnya.
Bakar pada suhu 150C selama 25-30 minit
Keluarkan biskut setelah masak. Tunggu biskut sejuk.
Paip kan dengan coklat putih.

Cara2 membuat ikut Kak Ita (saya ikut Kak Ita, mudah): 
Doh yang telah siap gentel bulat2 bentukkan seperti guli angaran berat 6 - 8 gm.
Kemudian golek2kan atas oreo hancur.
Susun dalam paper cup dan bakar.
Selepas tu boleh lah melorek atasnya.

Pesanan dari Kak Ita:

Biskut ni masa masak dia naik cantik & membulat. tapi bila dah keluarkan dari oven dia akan turun..  jangan panik dan ingat tak jadi pulak..

Thursday, May 17, 2012

BISKUT DAISY PETALS UNTUK GURU TERSAYANG


Biskut Daisy Petals untuk hadiah buat guru tersayang ditempah oleh Ibu Ina dari Desa Puteri, Rawang untuk anaknya.