MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Thursday, July 14, 2011

VANILLA MADEIRA KEK

Untuk mencuba Vanilla Madeira kek, diambil dari buku yang diolah oleh Norzailina Nordin. It is an English book tak ingat tajuknya. Resipi disalin dan diolah semula oleh saya ke dalam Bahasa Malaysia supaya senang difahami.VANILLA MADEIRA KEK

Bahan-bahan:
115gm butter yang lembut
115gm Gula kastor (gula halus pun boleh)
2 biji Telur Grade B (dipukul sedikit)
170gm tepung naik sendiri
1 sudu besar susu segar
1 sudu teh vanilla

Cara membuatnya:
1. Butter, gula dimasukkan ke dalam bekas.
2. Pecahkan telur, tapiskan tepung
3. Masukkan susu & vanilla
4. Dengan kelajuan perlahan sebatikan semua adunan
5. Setelah semua adunan sebati, ubah kelajuan tinggi dan pukul sebati selama 1 minit
6. Masukkan adunan ke dalam acuan pembakar kek dan bakar 170C selama 1 jam atau sehingga masak

SELAMAT MENCUBA !!!!!!!

Tuesday, July 12, 2011

KEK PERTUNANGAN

Kek 2-tier ditempah oleh customerku untuk majlis pertunangan.


Kek sedang dalam proses pembikinan.


Sunday, July 10, 2011

CUPCAKE COKELAT



Cupcake cokelat buat untuk projek anak di hari Keusahawanan. Hiasan adalah hasil kreativiti rakan sekelas.






Friday, July 8, 2011

KULIT KARIPAP


Anak-anak dah lama minta buatkan karipap sardin. Selalunya main tempah aje kat jiran depan rumah ... karipapnya memang yangterbaeeekkkk .... kulit karipapnya begitu rangup sekali. Kali ini karipapnya kena buat sendiri.

Kulit karipap yang Yatie cuba kali ini lembut teksturnya. Biasanya kalau resipi itu ada menggunakan air sejuk atau ais, hasilnya mesti lembut atau fluffy.

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT KULIT KARIPAP:
500gm tepung gandum
1/2 (setengah) sudu besar garam
94 gm marjerin/shortening
1 biji telur
1/2 (setengah) cawan ais
250ml air

CARA MEMBUATNYA:
1. Masukkan tepung & telur, gaul sehingga menjadi seperti serbuk roti
2. Cairkan marjerin/shortening & masukkan dalam tepung serta digaul rata.
3. Masukkan air, ais dan gaul sehingga menjadi doh
4. perap 1 jam sebelum diuli.

Wednesday, July 6, 2011

KEK OREN MARBLE

Kek ini merupakan kek ulangan. Teksturnya amat lah lembut. Untuk yang ingin mencuba, Yatie sertakan dibawah ini cara nak membuatnya, senang .. tak yah nak mencari-cari.

Cara nak membuat Kek Oren Marble:

1. 100gm gula & 1 sudu besar ovalette diputar sehingga kembang
2. Masukkan 4 biji telur & diputar dengan kelajuan yang tinggi sehingga kembang & pekat
3. Masukkan (100gm tepung + 1/2 (setengah) sudu teh garam halus + 1/2 (setengah) sudu teh baking powder) & putar perlahan
4. Masuk 50gm minyak jagung & 25ml susu
5. Akhir sekali masukkan esen vanillak dan dikacau sebati
6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian diletak serbuk koko & satu bahagian lagi diletak oren paste.
7. Diselangselikan di dalam bekas dan dibakar 180C llebih kurang 30 minit mengikut kesesuaian oven masing-masing

Monday, July 4, 2011

KOLEKSI TEMPAHAN KEK

Terimakasih kepada Kak Kam & kawan-kawan di Brunei Embassy & jiran-jirannya yang menempah kek pelangi, kek alunan kasih & kek choc marble.

Saturday, July 2, 2011

SNOWY CUPCAKE



Resipi ini pula disumbangkan oleh NisaMPB@myresipi.


BAHAN-BAHAN:

125gm butter

125gm gula

125gm tepung

2 biji telur

1 sudu teh baking powder

1/2 sudu teh soda bikarbonat

2 sudu teh vanilla

2 sudu besar susu segar


CARA MEMBUATNYA:

1. Masukkan semua bahan dan sebatikan sehingga kembang dan berkrim.

2. Masukkan susu dan sebatikan

3. Bakar



FROSTING


BAHAN-BAHAN:


** 175gm gula aising

** 1 biji putih telur

1/2 sudu besar jus lemon


- Pukul ** selama 5 minit masukkan jus lemon dan sebatikan, lebih kurang 3 minit)


SELAMAT MENCUBA


Friday, July 1, 2011

RESIPI BASIC CHOCOLATE CUPCAKE


Kepada penyumbang resipi terimakasih yang tak terhingga ... tapi tak ingat le plak and selalu lupa nak tulis nama sumber for the credits.

BAHAN-BAHAN untuk membuat cupcake ini:

150gm butter
150gm gula kastor
175gm tepung naik sendiri
3 biji telur
2 sudu besar koko
1 sudu teh vanilla

CARA MEMBUATNYA:
1. Pecahkan telur & pukul perlahan (pakai garpu pun boleh)
2. Masuk semua bahan lain dalam mangkuk & pukul perlahan selama 2 minit sehingga ringan & berkrim (saya pakai mixer)
3. Masukkan dalam acuan dan bakar 18 - 20 minutes

SELAMAT MENCUBA !!!!