MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Friday, February 5, 2010

MACAM MANA SAYA BUAT FRUIT CUPCAKE

Resipi Kek Buah ini saya dapat dari buku "Variasi Cupcake oleh Nor Aini Adnan" diterbitkan oleh Alaf 21. Komen saya adalah resipinya tak berapa jelas & kabur sebab kalau orang baru belajar beli buku nie memang confuse. Kalau dah berpengalaman tahu le sedikit mana-mana yang nak ditokok tambah.

Resipi Asal Kek Buah:

500 gm buahan campuran
100 gm mentega
100 gm tepung serbaguna
100 gm gula perang
50 gm tepung berserbuk penaik
30 gm marjerin
60ml jus limau
2 biji telur
1/2 (setengah) sudu besar serbuk rempah
1/2 (setengah) sudu besar esen vanilla
1/2 (setengah) sudu besar pes oren

Cara;
1- Pukul mentega & gula hingga kembang & gebu
2 - Masukkan telur berselang seli dgn susu & tepung
3 - Tuang pes oren, serbuk rempah & esen vanilla. Pukul lagi
4 - Masukkan buah-buahan, gaul rata
5 - Tuang ke dlm bekas mini & bakar dlm suhu 180C selama 15-20 minit atau hingga kekuningan.


RESIPI YANG YATIE UBAHSUAI DARI RESIPI KEK BUAH DIATAS:

Bahan-bahan
500 gm buah campuran
130 gm butter
100 gm tepung gandum
100 gm gula perang
50 gm tepung naik sendiri
2 biji telur
80ml susu segar
1/2 (setengah) sudu besar esen vanilla
1/2 (setengah) sudu besar pes oren

Cara membakar sama seperti diatas.

Semasa menyediakan bahan-bahan adunan kek buah ini, Yatie ambil sedikit tepung yang telah ditimbang dan digaul pada buah

Adunan butter & gula yang dipukul hingga gebu

Telur yang dimasukkan berselang seli dgn tepung & susu
Adunan dah siap, dituang ke dalam bekas cupcake
Dibakar

Fruit cupcake yang telah siap.

SELAMAT MENCUBA

2 comments:

massodasuki said...

uh .. cupcake .. yum3 .. terima kasih untuk perkongsian resepi ..




http://onlineshopeasly.blogspot.com/2012/03/belajar-buat-cupcake.html

Unknown said...

assammualaikum yatie blh x di kukusxye