MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Friday, October 31, 2008

KEK HANTARAN - BERTUNANG

Kek hantaran bertunang yang ditempah oleh pelanggan Liza Puji. Didalamnya cuma kek butter 1 kilo.

FUDGE BROWNIES

Terimakasih kepada Wee Wai Shang dari Menara Tan & Tan, Jalan Tun Razak yang menempah fudge brownies untuk anaknya dibawa ke sekolah sempena 'Children's Day'.

Resipi ini Yatie ambil dari fotopages Maklang. Thanks Maklang for sharing.


Brownies
Sumber : http://members.tripod.com/~chocolatefantasy

Bahan-bahan:
1 cup butter, melted
1 cup cocoa
2 cups sugar
1 1/2 tsp vanilla
4 eggs
1 1/3 cups flour
1 tsp baking powder
1/2 tsp salt
1 cup nuts or chocolate chips (optional)

Cara-cara:
Mix cocoa in well with the melted butter.
Add sugar, vanilla, and eggs, mixing well.
Add flour, baking powder, salt, and nuts or chocolate chips.
Pour mixture into a greased 9 by 13 inch pan.
Bake in a preheated 350F oven for 25 - 30 minutes, until a toothpick inserted comes out almost clean, you do not want to overbake!

KEK PELANGI

Terimakasih kepada Kak Wan dari Brunei Embassy yang tak putus-putus menempah kek pelangi.

KEK GULA HANGUS

Kek Gula Hangus yang ditempah oleh Zura dari Blok 27B, Green Valley Park, Rawang.

Thursday, October 30, 2008

TEMPAHAN UNTUK MEETING

Mee Goreng Black Pepper

Bahan-Bahan:

1 Paket mee kuning biasa
3 ulas bawang kecil
1 ulas bawang putih
1 ½ camca lada hitam
2 sudu ikan bilis (ditumbuk)
4-5 biji cili api
1 cawan air
¼ cawan kicap manis
minyak masak untuk menumis
daging - jumlahnya ikut suka
isi ayam
1 paket bebola ikan
sedikt sayur sawi / taugeh

1.Tumbuk bawang kecil,bawang putih, lada hitam, cili api dan ikan bilis.
2. Hiris daging dan bebola ikan.
3. Kemudian panaskan minyak utk menumis bahan-bahan yg ditumbuk tadi.
4. Tumis bhn2 yg ditumbuk.
5. Masukkan kicap beserta air.Tunggu sebentar.
6. Masukkan daging, isi ayam dan bebola tadi.
7. Biarkan 2-3 minit....kemudian masukkanlah mee dan sayur2 tadi.
8. Masak sekejap.2 minit..kemudian bolehlah dihidangkan.




Terimakasih kepada Rafidah dari Menara Tan & Tan di Jalan Tun Razak yang menempah package untuk meeting di syarikatnya. Antara makanan yang ditempah olehnya adalah Mee Hoon Goreng Biasa, Mee Goreng Black Pepper, Prawn Spring Roll, Quiche ayam, Karipap sardin & Fruit Tarts.

WALNUT CARROT CAKE

Walnut Carrot Cake with cheese topping ditempah oleh Reen dari BioTech. Thanks Reen.


Wednesday, October 29, 2008

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA

20hb Oktober, Yatie dan rakan-rakan yang beragama Islam di syarikat kami sibuk mengadakan majlis sambutan Hari Raya ... ala-ala Rumah Terbuka. Kami mengumpulkan dana untuk menjayakan majlis tersebut serta sistem 'pot luck' untuk juadah-juadah hari raya.
Nasi Jagung serta set lauknya yang ditempah dari katering dari duit dana yang terkumpul. Terimakasih atas semua sumbangan.

Juadah Kuzi Ayam yang dimakan dengan roti ini memang menu MESTI setiap tahun. Terimakasih Kak Ita atas juadah mu yang memang lazat.







Yang ini pulak Beef & Chicken Baked Makaroni Cheese. Yatie punya juadah le nie, di bahagian western set.


Ini pula Black Pepper Spaghetti....phhhhh ... sedap sungguh. Sumbangan dari Kak Zah.

Laksa Johor.... susah payah suruh isteri Norman dari BHBSS membuatnya. Letih juga le memujuk isterinya membuat Laksa Johor yang memang digila-gilakan.

Ini pula bahagian kuih-muih. Terimakasih kepada penyumbang-penyumbang makanan. Macam-macam ada, kek Hati Pari, Kek Lapis Sarawak yang memang diterbangkan dari Kucing - Sarawak, kueh kole kacang, kek pisang, kek buah, kuih karipap, kuih bahulu, kuih talam cendul, puding peach (sumbangan Grace - teruja tengok kemeriahan Hari Raya) & puding aiskrim. banyak lagi le kuih-muih yanga ada yang mana Yatie tak sempat nak ambil gambar atau nyatakan disini, jangan marah atau berkecil hati ye.

Ini pula bahagian kuih hari raya. Seperti biasalah Yatie punya blueberry tart mesti ada - yg dalam balang tu .... heheheheheh

Bahagian buah & air tidak juga ketinggalan.

Posing beramai-ramai.












Ini kira acara terakhir majlis ... apa lagi acara bungkus membungkus le.






Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung untuk menjayakan Majlis Hari Raya/Rumah Terbuka ini.

BAKED MAKARONI CHEESE

Minggu lepas buat 2 jenis Baked Makaroni Cheese - Beef & Chicken untuk dibawa ke pejabat untuk makan-makan sempena Hari Raya. Kebetulan pula my customer, Na Abg Wan dari Blok 27B Green Valley Park menempah Chicken Baked Makaroni Cheese.
Bagi yang ingin mencuba resipi ini:
Bahan-bahan
250 g macaroni } direbus hingga lembut toskan gaul dgn sedikit mentega
Bahan inti
500 g daging cincang – boleh juga diganti dgn daging ayam cincang
30 mentega
1/2 labu bawang besar } dicincang
1 ulas bawang putih } dicincang halus
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada sulah
½ sudu kecil oregano kering atau parsley kering
175 g buah tomato } buang biji, potong dadu
2 putih telur
500 ml sos putih
125 g keju cheddar } diparut

Cara membuat
1. Panaskan mentega, masukkan bawang besar dan bawang putih.
2. Apabila layu masukkan daging cincang, tomato, garam dan lada sulah.
3. Masak lebih kurang 15 minit atau apabila air daging kering, kemudian sejukkan.
4. Bila dah SEJUK masukkan telur putih, kacau sebati.
5. Sapukan loyang bersaiz 7x 5 inci dgn sedikit mentega
Terdpt 2 cara utk memasukkan pasta dan inti kedlm loyang, pilih salah satu cara

Cara I:
Campurkan kesemua pasta dgn inti kemudian masukkan kedlm loyang.
Tuang sos putih diatasnya, ratakan.
Akhir sekali tabur keju parut .

Cara II:
Masukkan1/3 pasta kemudian tabur 1/2 inti dan sedikit keju parut., lapiskan semula dgn 1/3 lagi pasta diikuti lebihan inti dan sedikit keju dan akhir sekali 1/3 lagi pasta dan atasnya tuang sekata sos putih dan akhir sekali tabur keju parut.

Bakar didlm oven pd suhu 180′C selama 30 min atau sehingga keju keperangan
Angkat biarkan selama 15 minit sedia utk dihidangkan

Nota: Boleh tambah sayuran spt cendawan, capsicum hijau/merah didlm inti jika suka

Sos Putih :
30 g mentega
1 sudu besar tepung gandum
500 ml susu segar
2 kuning telur
125 g keju cheddar } diparut
garam secukup rasa
½ sudu kecil serbuk lada sulah

Cara membuat sos putih:
1. Cairkan mentega dgn api yg perlahan, masukkan tepung gandum kacau sehingga sebati.
2. Masukkan susu kacau (whisk) dgn menggunakan pemukul telur sehingga sebati.
3. Panaskan sehingga mendidih sambil sentiasa dikacau supaya tidak bergentel.
4. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.
5. Tutup api, sejukkan sedikit baru masukkan keju parut & kuning telur. Kacau sebati ketepikan.
Baked Makaroni Cheese selepas dibakar


Baked Makaroni Cheese sebelum dibakar


KEK COKELAT MOIST

Kek Cokelat Moist yang ditempah oleh rakan sekerja Nurul di KLCC.

Tuesday, October 28, 2008

SARDINE PUFF



Sardine Puff yang ditempah oleh Nurul di KLCC. Thank you for your support.

Monday, October 27, 2008

BLUEBERRY TART

Thanks to all my friend & customers whom celebrating DEEPAVALI. This blueberry tart is sure a best seller for DEEPAVALI celebration. Thanks for all your supports.

KEK DENGAN CARTOON CHARACTERS

Tak tahu Yatie nak panggil kek ni kek apa ????? Kek ni dipenuhi dengan cartoon characters. Permintaan Muhammad Hazrol whom turn 4 years old. Not 40 ye .....

Informasi about kek: Kek African Marble

Berat Kek: 2 kg

Hiasan : Buttercream Ising

Maklumat Tambahan : Cartoon Characters

Harga : RM95

Sunday, October 26, 2008

TRIVIA KEK PELANGI & KEK GULA HANGUS

Kek Pelangi (gambar bawah) yang ditempah oleh Kak Wan dari Brunei Embassy & Kek Gula Hangus (gambar atas) yang ditempah oleh pelanggan Liza Puji.

Saturday, October 25, 2008

BLUEBERRY CHEESE TART

Blueberry Cheese Tart yang ditempah oleh Liza Zali dari Blok 27B, Green Valley Park, Rawang.

KEK COKELAT MOIST

Kek Cokelat Moist yang ditempah oleh Encik Rahman dari Blok 16, Bandar Tasik Puteri Rawang untuk anaknya yang berusia 4 tahun.
Terimakasih En Rahman. Walaupun berkursus, sempat juga beliau mengejutkan (surprise) isteri dan anaknya dengan hantaran kek ini.

Friday, October 24, 2008

KEK COKELAT MOIST

Kek Cokelat Moist yang ditempah oleh Wee Wai Shang dari Menara Tan & Tan, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

ROTI JALA

Roti Jala yang ditempah oleh pejabat Nurul di KLCC.

Wednesday, October 22, 2008

BUNGA-BUNGA DI CUPCAKE

Cupcake yang dihiasi dengan Bunga Arbutus.



Yang ini pula cupcake dengan Bunga Petunia.
Bunga carnation dibuat dengan warna oren & pink.



















Bunga Bougainvillea





Cupcake bertemakan bunga ini dibuat untuk Liza Zali di Green Valley Park, Rawang dan Zaiton di Kota Damansara.