MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Showing posts with label Pulut Kuning. Show all posts
Showing posts with label Pulut Kuning. Show all posts

Friday, May 8, 2009

PULUT KUNING & KUIH-MUIH

Pulut kuning ini ditempah oleh Shiema dari Ukay Perdana kalau tak silap. Sebab Yatie ni tak berapa pandai nak cari tempat kalu tak ada map, jadi Yatie cuma buat appointment aje untuk berjumpa di stesen minyak di MRR2.
Shiema juga menempah mini donut & pelangi marble untuk majlis aqiqah anaknya, mungkin sebagai pencuci mulut.

Wednesday, April 8, 2009

PULUT KUNING, MUFFIN & DONUT

Mini Donut berwarni-warni di tempah oleh Puan Iza dari Ukay Perdana.
Untuk keknya pula Puan Iza menempah pulut kuning yang dibentuk No 3. Anaknya 3 tahun le tu.
Untuk namanya pula Yatie cuma pakai terap ABC aje. Mula-mula ingat nak buat mashed potato tu & nak tulis nama dia. Tak jadi, sebab dah timbul idea lain. Akhirnya dapat le membuat nama adik Muhammad Darwisy Dinie.

Puan Iza juga menempah Pandan Muffin & Cokelat Muffin.
Terimakasih kepada Puan Iza atas tempahan.



Saturday, February 14, 2009

PULUT KUNING - WEDDING ANNIVERSARY

Hmmmm .... macam bingung sedikit tengok pada tajuknya ... tak kisahlah yang penting Yatie buat pulut kuning nie berbentuk 30 pada 14 Februari 2009 untuk jiran (Kak Om dan Abang Raja) yang menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke-30.... Amin... dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Acara dimulakan dengan membaca doa selamat dan diikuti dengan acara pertandingan karaoke (lewat malam skit le).
Lebih kurang 6kg pulut kuning dimasak tapi Yatie rasa 4kg sudah memadai untuk membuat design 30 ini. Walaupun 6 kg, habis lesap malam tu .... ditengah-tengah nombor '0' tu Yatie selitkan rendang kering. Hmm ... kepada adik Mieza tu yang nak tengok sangat gambar pulut kuning, ku gagahkan jua di larut malam untuk downloadkan semua- semua gambar ini.


Inilah Kak Om (panggilan manja) sebab nama betul tak ingat, panjang sangat dan Abang Raja yang menyambut ulangtahun perkahwinan ke-30 tersenyum simpul.

Anak Kak Om .. kena jaga hadiah ... takut hilang.

Para tetamu yang hadir ... tengah lepak-lepak sementara menunggu acara memotong pulut kuning.

Anak-anak dengan acara mereka sendiri ... sungguh riang berpesta.

Acara orang lelaki selepas makan kenduri ... lepak












Para peserta karaoke yang masuk bertanding ...





















Sunday, November 16, 2008

PULUT/GLUTINOUS RICE

Kali ini Yatiecooking tidak memaparkan cerita kek. We gonna have a break. Kita berehat sehari dan bercerita tentang pulut. Lazimnya banyak cara orang masak pulut. Yang penting kena le ada pengukus untuk mengukus pulut. Tapi sekarang dalam dunia yang berkembang maju, banyak betul alatan-alatan atau dapur yang dijual untuk membantu surirumah. Yatie rasa banyak boleh didapati sekarang alat mengukus yang lebih canggih dan moden. Well, as for me I still cook my glutinous rice with the old fashion way.

Permintaan anak sulung I sebenarnya dah lama tak makan pulut, nak cicah dengan sambal. Ye lah ... I pun sibuk hari-hari buat kek ... naik jemu semuanya .... heheheh ... well this time I managed to spend a time to cook for them.

Banyak benda kita boleh buat dengan pulut ni ... pulut cicah ngan kuah durian, pulut kuning makan ngan rendang, pulut cicah ngan ikan masin dan bermacam-macam lagi le. But I chose to cook pulut dimakan dengan sambal ikan bilis dan juga kuih lopes.



Sunday, June 8, 2008

PULUT KUNING








Di majlis perkahwinan adik Roza, ibunya telah memasak 6kg pulut untuk dibuat pulut kuning. Inilah hasilnya.