MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Saturday, June 26, 2010

CUPCAKE HANTARAN

Ain menempah cupcake hantaran. Terimakasih Ain.

Thursday, June 24, 2010

Monday, June 21, 2010

GROOM'S CAKE ???

Tempahan dari Zaki. Pick-up point di Jaya Jusco Wangsa Maju. Kek didalamnya kek cokelat moist.


Terimakasih Zaki.

Sunday, June 20, 2010

KEK BERBENTUK BUKU & CUPCAKE

Cupcake bertemakan pink & purple ditempah oleh pn Awie untuk dijadikan doorgift.


Kek African Marble berbelang pink & purple digunakan untuk dipadankan dengan warna tema.

Puan awie menempah kek berbentuk buku untuk 2 orang anak perempuannya.


Terimakasih Pn awie atas tempahan.




Friday, June 18, 2010

MUFFIN SEBAGAI DOORGIFT



Muffin perisa vanilla, blueberry, orange & cokelat. ditempah oleh pelanggan yang mengambilnya di Giant Batu Caves untuk doorgift dimajlis perkahwinan.


Muffin ini bersaiz XL dibungkus dalam plastik, harga RM1.00/pc

Wednesday, June 16, 2010

CUPCAKE TEMPAHAN DARI ZURA


Cupcake tempahan dari Zura. Untuk dibawa balik ke Kelantan, makan-makan aje katanya. Terimakasih Zura. Sampai juga cupcakeku ke Kelantan.



Monday, June 14, 2010

MINI MUFFIN

Mini muffin dibungkus 3 biji dalam satu plastik ini ditempah oleh seorang pelanggan (tak ingat namanya). Pick-up di Giant Batu Caves hari tu ... katanya nak bawa pi PD ada majlis. Beliau menempah 3 perisa iaitu chocolate rice, vanila & pandan.
Apa-apa pun terimakasih atas tempahan.

Sunday, June 13, 2010

CUPCAKE

Cupcake ditempah Kak Om jiran depan rumah untuk sahabat baiknya.


Jenis cupcake cokelat dan saiz cup 2 1/2 oz


Friday, June 11, 2010

TEMPAHAN DOORGIFT CUPCAKE FOR WEDDING

Bekas penutup berbentuk dome diberikan sentuhan riben & bunga kecil agar nampak lebih cantik & elegant untuk para tetamu.
500 biji cupcake yang telah siap dimasak dan bersiap sedia untuk dihiaskan.

Bunga ros berwarna purple yang dibuat sendiri.

Beginilah rupanya cupcake yang sedang dihias.





Cupcake sebagai doorgift di hari perkahwinan, lengkap dengan hiasan riben & bunga serta tag terimakasih mengikut tema si pengantin.

Terimakasih kepada Yatie zariff atas tempahan.



Wednesday, June 9, 2010

TEMPAHAN FRUIT TARTS

Selain mini muffin, Ina dari Desa Puteri juga menempah fruit tarts. Terimakasih atas tempahan.

MINI MUFFIN TEMPAHAN DOORGIFT

Mini muffin mempunyai berat lebih kurang 20g datang dengan bebagai perisa. Ditempah oleh Ina dan Nor'ain dari Desa Puteri sebagai doorgift. Ina & Nor'Ain meminta perisa orange chocolate chip, strawberry & blueberry. Terimakasih atas tempahan.