MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Friday, March 21, 2008

KEK MANGGA MARBLE

Penghasilan kek ini pun sama juga dengan Pandan Marble & Orange Marble. Yang berbezanya cuma penggunaan paste. Percubaan yg tidak mengecewakan.

KEK MANGGA MARBLE
Bahan:
4 biji telur
100g gula pasir (kalu nak manis tambah skit lai)
1 camca besar ovalette
25ml pati santan/susu segar
50g minyak jagung
100g tepung gandum **
1/2 sudu teh garam halus **
1/2 sudu teh baking powder ** (** digaul & ayak)
1 sudu teh mangga paste
pewarna kuning
1 sudu teh serbuk koko
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh coklat emulco

Cara:
1. Putar gula + ovalette hingga rata. Masukkan telur & putar dgn kelajuan tinggi hingga kembang & pekat
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit & putar pada kelajuan perlahan.
3. Tuang minyak jagung & pati santan, gaul hingga sebati
4. Adunan dibahagi 2, Satu adunan dicampur esen vanilla, coklat emulco & serbuk koko. Satu adunan lagi orange paste + pewarna
5. Masukkan adunan koko & pandan berselang seli ke dlm acuan
6. Bakar dlm oven 180C selama 30 minit bergantung pada oven masing-masing (kalu oven Yatie cuma pakai 150C aje)

No comments: