MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Saturday, July 26, 2008

MUFFIN BLUEBERY & KEK GULA HANGUS

Terimakasih Ida dari Green Valley Park, Rawang yang menempah Blueberry muffin dan Kek Gula Hangus di majlis hariulangtahun anaknya.
Kepada sesiapa yang ingin mencuba muffin blueberry, disertakan resipinya:
MUFFIN BLUEBERRY
Bahan-bahannya:
170g mentega/butter
160g gula kastor
4 biji telur
350g tepung gandum
20g baking powder
1 st esen vanilla
blueberry filing (saya ubahsuai skit .. kalu saya letak buleberry filling, saya tambahkan pewarna ungu, kalu tidak saya gantikannya dengan blueberry emulco)
160ml susu segar
Cara-cara:
1. Mentega & gula kastor dipukul hingga kembang
2. Kemudian masukkan telur satu persatu dan diikuti dengan esen vanilla. Sebatikan.
3. Tepung diayak denganbaking powder
4. Akhir sekali dimasukkan tepung & susu berselang seli.
NOTA:
Boleh juga digantikan dengan strawberry emulco untuk strawberry muffin
SELAMAT MENCUBA!!!!!

No comments: