
Biskut Daisy yang telah dimasak

Biskut Daisy yang belum dimasak

Dipack dalam bekas dan boleh djadikan untuk doorgift

Resipi ini diambil dari Majalah Saji Ogos 2011. Resipi dari Chef Zaidah. Resipi yang simple tapi rangup dan sedap.
BAHAN-BAHAN :
150gm mentega
100gm gula halus
200gm tepung gandum
50gm tepung jagung
1 biji kuning telur
pewarna kuning dan coklat (saya tak dak kuning jadi saya gantikan ngan oren)
Cip coklat
CARA-CARA:
1. Putar mentega & gula hingga lembut
2. Masukkan kuning telur & sebatikan
3. Masukkan semua jenis tepung dan uli
4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian kuning dan satu lagi hijau.
5. Masukkan adunan kedalam acuan dan dibentuk sperti didalam gambar
No comments:
Post a Comment