MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Monday, July 5, 2010

CUPCAKE BELANG


Hmmm ... apa nie ... kek belang @ cupcake belang. Resipinya disertakan untuk sesiapa yang ingin mencuba.

Bahan-bahan:
250gm tepung naik sendiri
200gm gula kastor
250gm butter
5 biji telur
4 sudu besar susu (saya gunakan fresh milk), saya agak2 mengikut kepekatan adunan
1 sudu besar pes cokelat (chocolate emulco)
1 sudu kecil esen vanilla

Cara membuat :
1. Pukul butter + gula hingga putih
2. Masukkan telur satu persatu
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit + berselang seli dgn susu
4. Masukkan esen vanilla & pukul hingga sebati
5.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, warnakan satu bahagian dgn chocolate emulco
6. Tuang adunan berselang seli ke dlm acuan cupcake & bakar hingga masak.

Selmt mencuba.

No comments: